Beberapa hari lepas telah berlakunya sebuah insiden kebakaran di TM cawangan Cyberjaya yang sekaligus mengakibatkan gangguan pada unifi TV di seluruh negara. Seramai 300,000 pengguna telah terkesan yang mana tidak boleh mengakses perkhidmatan siaran sepanjang tempoh tersebut.

Sebagai permohonan maaf ke atas masalah yang dialami, TM kini telah mengumumkan bahawa semua saluran di unifi TV akan ditayangkan secara percuma mulai 14 Januari hingga 12 Februari 2022 ini. Tawaran ini boleh diakses melalui kedua-dua kotak media TV unifi dan aplikasi playTV.

Sementara buat pelanggan unifi TV Ultimate Pack pula, anda bakal menerima menerima satu baucar filem On Demand secara percuma. Baucar ini akan dihantar menerusi SMS ke nombor berdaftar pada 14 Januari dan selanjutnya. Selain itu, pelanggan Staff Pack juga akan menerima satu baucar filem On Demand secara percuma.

Setakat Rabu lepas, TM dilaporkan sudah berjaya membaik pulih servisnya sehingga 70% dan mungkin terdapat ralat konten atau siaran yang dipaparkan di dalam tempoh tersebut. Buat pelanggan unifi TV, anda bolehlah menikmati akses percuma tersebut pada hari ini sehingga 12 Februari kelak.

Dalam masa yang sama, TM juga sedia menggantikan peralatan unifi yang rosak akibat banjir secara percuma bagi meringankan beban pelanggannya.

TM Sedia Gantikan Peralatan unifi Yang Rosak Ekoran Banjir Secara Percuma

Samsung Umum Bantuan Baik Pulih Secara Percuma Bagi Barangan Terjejas Banjir

Sumber