Pada hari ini kita boleh lihat ramai orang sudah boleh bergerak dengan mudah untuk bersiar-siar mahupun mengunjungi ke sesuatu. Hal ini sekaligus menyebabkan jalan-jalan menjadi begitu sesak. Salah satu cara menyemak kesesakan trafik adalah menggunakan Google Maps.
Aplikasi Google Maps sedia menawarkan pelbagai fungsi berguna selain memaparkan perjalanan ke lokasi yang ditetapkan sahaja. Jadi, kepada anda yang ingin perjalanan yang lebih lancar selepas ini, boleh ikuti tutorial cara menyemak kesesakan trafik menerusi aplikasi Google Maps.
1. Pertama sekali, buka aplikasi Google Maps dan masukkan kawasan yang ingin dituju pada carian yang ingin disemak status trafiknya.
2. Kemudian, tekan pada ikon berbentuk seperti kotak pada bahagian penjuru kanan atas.
3. Pada paparan berikut, pilih menu Traffic dan seterusnya tutup tab tersebut.
4. Selepas itu, status laluan trafik semasa bakal dipaparkan kepada pengguna yang mana jika berlaku kesesakan lalu lintas akan ditunjukkan warna merah. Jika laluan yang dipaparkan berwarna hijau pula bermaksud trafik sangat lancar atau warna selainnya iaitu kuning menunjukkan sedang menghadapi keadaan trafik yang sederhana.
Sementara itu, anda juga boleh menyemak status trafik semasa di lebuh raya selain menggunakan aplikasi-aplikasi navigasi untuk mendapatkan gambaran lebih tepatĀ dengan melayari laman Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Anda boleh mendapat tangkap layar CCTV mengenai keadaan trafik di lebuh yang bakal anda tempuhi nanti. Anda boleh klik di sini untuk melakukan semakan status trafik lebuhraya dari sumber yang dipercayai. Selain itu, mereka juga sedia mengemas kini informasi berkenaan di akaun Twitter @LLminfontrafik yang mana lebih mudah untuk diakses menerusinya.
Dengan cara ini, kita sudah pasti dapat merancang perjalanan yang lebih lancar serta menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu menunggu berjam-jam di atas jalan selepas ini. Anda juga sudah boleh mencari laluan alternatif untuk memudahkan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.
Dalam masa yang sama, anda juga boleh mengetahui cuaca semasa dengan menggunakan lima aplikasi ramalan cuaca terbaik untuk pengguna iOS dan Android.
5 Aplikasi Ramalan Cuaca Terbaik Yang Boleh Diguna Pengguna iOS Dan Android
Aplikasi Ini Bakal Bantu Semakan Harga Barangan Runcit Berdekatan Kawasan Anda