Salah satu aplikasi navigasi yang sering digunakan adalah Google Maps. Bagaimanapun, masalah yang dikesan pada aplikasi ini adalah tidak memberikan anggaran bayaran tol apabila menggunakan laluan tertentu seperti Waze.

Bagaimanapun, kini Google Maps akhirnya bakal memaparkan jumlah bayaran tol pada aplikasi Android dan iOS. Menerusinya, pengguna bakal mendapat saranan sejumlah laluan yang ingin dituju bersama ikon syiling padanya jika dikesan mempunyai tol.

Selepas klik pada ikon syiling tersebut, para pengguna akan melihat jumlah bayaran yang perlu dilakukan pada jalan yang mempunyai tol. Dengan ini, pengguna boleh merancang perjalanan dengan lebih baik serta menyediakan baki yang secukupnya untuk melalui laluan tertentu yang mempunyai tol.

Setakat ini, Ciri ini sedia ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat, Indonesia, Jepun dan Indonesia untuk peringkat awal dan bakal diperluaskan kepada semua pengguna global pada masa kelak. Ciri ini sudah pasti menerima sambutan yang baik oleh para pengguna setelah sekian lama menantikannya.

Sementara itu, anda juga boleh mempelajari cara menyemak kesesakan trafik pada Google Maps menerusi pautan di bawah.

Cara Mudah Menyemak Kesesakan Trafik Pada Google Maps Bagi Perancangan Perjalanan Yang Lancar

Mudah Dan Efisien, Ini Caranya Jadualkan Perjalanan ‘Balik Kampung’ Pada Aplikasi Waze