Sejak penghujung tahun lalu, kita boleh negara Malaysia mengalami cuaca hujan yang sangat kerap sehinggakan sebahagian lokasi dilanda banjir teruk. Dengan adanya aplikasi ramalan cuaca terbaik pada peranti dimiliki, anda boleh membuat persiapan awal dalam pelbagai aspek.

Malah, perkara ini juga dapat memudahkan anda merancang perjalanan serta aktiviti harian di dalam kehidupan. Berikut merupakan lima aplikasi ramalan cuaca terbaik yang  boleh dipasang pada peranti bagi panduan harian.

1.  myCuaca

aplikasi ramalan cuaca terbaik
Sumber Gambar: Aplikasi myCuaca

myCuaca merupakan aplikasi rasmi yang dibangunkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dengan pelbagai informasi cuaca yang dikemas kini secara langsung bagi panduan orang ramai. Kemas kini maklumat mengenai ramalan cuaca harian merangkumi negeri daerah pekan dan tempat pelancongan.

Di samping itu, anda juga bakal menerima notifikasi amaran hujan lebat atau ribut petir, angin kencang dan lain-lain lagi. Terdapat juga maklumat berkaitan gempa bumi yang disediakan bagi memastikan individu yang berada di kawasan tersebut boleh membuat persiapan yang sewajarnya.

Bagi mereka yang lebih mahir berkaitan imej satelit dan radar, pihak pembangun turut menyediakannya dengan kemas kini secara langsung. Menariknya, anda juga boleh menambah lokasi kegemaran pada tetapan untuk menerima notifikasi maklumat cuaca semasa di lokasi tersebut.

Muat turun aplikasi myCuaca di Google Play Store dan App Store

2. Rain Alarm

aplikasi ramalan cuaca terbaik
Sumber Gambar: Aplikasi Rain Alarm

Seperti nama aplikasinya, ia lebih menfokuskan kepada maklumat berkaitan cuaca hujan sahaja. Aplikasi ini bakal memaparkan keadaan semasa bagi setiap lokasi yang dicari oleh pengguna. Malah, aplikasi Rain Alarm turut mempunyai maklumat ramalan cuaca jangka pendek yang tepat berdasarkan sumber data yang dipercayai.

Pengguna juga akan menerima notifikasi dengan bunyi ataupun gegaran bagi memastikan kemas kini maklumat cuaca akan dibaca secara terus. Kelebihan aplikasi ini adalah ia boleh mengetahui kawasan mana yang sedang mengalami hujan lebat dan sebagainya.

Terdapat ciri widget yang membolehkan anda membuat kustomasi pada paparan utama peranti bagi memaparkan maklumat cuaca dengan mudah. Namun begitu, aplikasi ini mempunyai antara muka berbentuk peta yang kompleks seperti laporan kaji cuaca pula.

Muat turun aplikasi Rain Alarm di Google Play Store dan App Store

3. The Weather Channel

Sumber Gambar: Aplikasi The Weather Channel

Aplikasi ini mempunyai penilaian yang tinggi oleh para penggunanya yang sekaligus menjadi sebagai aplikasi ramalan cuaca terbaik di luar sana. Dengan antara mukanya yang mesra pengguna serta kemas memang sesuai digunakan oleh semua lapisan umur. Maklumat cuaca yang dipaparkan pula mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Pengguna boleh menyemak ramalan cuaca secara langsung dari setiap jam sehinggalah 15 hari berikutnya. Selain cuaca, aplikasi ini juga menawarkan beberapa maklumat tambahan seperti suhu, indeks sinaran ultra-violet(UV) dan kelajuan angin di kawasan yang ditetapkan.

Pihak pembangun juga menyediakan amaran peristiwa cuaca buruk yang melanda di kawasan yang terlibat. Jadi, pengguna boleh mengetahui maklumat peristiwa cuaca buruk seperti banjir dan liputan secara langsung. Walaupun terdapat fungsi tambahan berbayar, setakat yang percuma sahaja sudah memadai keperluan harian anda.

Muat turun aplikasi The Weather Channel di Google Play Store dan App Store

4. AccuWeather: Weather Radar

Sumber Gambar: Aplikasi AccuWeather

AccuWeather juga merupakan salah satu aplikasi terbaik yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Aplikasi ini sudah ditawarkan lebih dari 10 tahun dalam memenuhi keperluan ramalan cuaca buat pengguna dengan mudah.

Anda boleh mengetahui sejumlah maklumat berkaitan cuaca seperti suhu, ramalan hujan, kelajuan angin, tahap kelembapan dan sebagainya menerusi aplikasi ini sahaja. Dalam masa yang sama, aplikasi AccuWeather juga menyediakan berita berkaitan cuaca dari seluruh dunia bagi mereka yang berminat.

Di samping itu, aplikasi ini juga boleh menawarkan informasi berguna berkaitan kualiti semasa udara di setiap lokasi dengan terperinci. Pada bahagian peta, anda juga bakal dipaparkan dengan situasi cuaca dan suhu sebenar secara langsung di sekitar kawasan yang ditandakan.

Muat turun aplikasi AccuWeather di Google Play Store dan App Store

5. 1Weather

Sumber Gambar: Aplikasi 1Weather

Akhir sekali, 1Weather merupakan antara aplikasi ramalan cuaca popular yang digunakan oleh pengguna Android mahupun iOS. Aplikasi ini akan menawarkan ramalan cuaca terkini dengan tepat yang mana merangkumi laporan harian dan juga bagi setiap jam.

1Weather menyediakan laporan cuaca yang paling meluas untuk aplikasi cuaca. Terdapat juga fungsi radar secara langsung untuk menjejaki cuaca sebenar atau angin kuat yang bakal melanda di kawasan berdekatan.

Terdapat juga video laporan semasa bagi kawasan-kawasan yang terpilih bagi mengetahui situasi terbaharu di lokasi kejadian yang ditimpa cuaca teruk. Untuk memastikan pengguna boleh menghirup udara yang segar, aplikasi ini juga tersedia bersama sokongan indeks kualiti udara di lokasi berdekatan.

Muat turun aplikasi 1Weather di Google Play Store dan App Store

Dengan memasang aplikasi ramalan cuaca di atas pada peranti, sekurang-kurangnya anda mendapat gambaran awal cuaca sebenar di lokasi tertentu dengan mudah. Malah, anda berpeluang merancang perjalanan dengan lebih baik terutamanya di dalam musim sebegini.

Selain itu, ketahui juga cara untuk anda kongsikan koordinat sebenar sekiranya berlaku kecemasan.

Ini 3 Cara Untuk Anda Kongsi Koordinat Sebenar Sekiranya Berlaku Kecemasan

Portal Khas JKR Mudahkan Semakan Secara Langsung Status Terkini Laluan Jalan Raya