Apple sudah tidak menyertakan lagi pengecas bersama peranti telefon pintar yang dijual bermula siri iPhone 12 dalam usaha untuk menjaga alam sekitar. Namun begitu, bukan semua pihak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh pihak Apple.

Terkini, organisasi perlindungan pengguna Brazil ingin mahu mengemukakan saman terhadap syarikat Apple kerana kegagalan menyertakan pengecas bersama siri iPhone 13.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama berlaku ekoran sebelum ini juga mereka telah berbuat sedemikian dengan saman bernilai $1.9 juta (~RM7.9 juta) untuk perkara yang sama.

Sumber Gambar: Techspot

Pengarah Eksekutif Procon-SP, Fernando Perez menegaskan bahawa setiap pengguna sememangnya menjangkakan setiap pembelian telefon pintar baharu bakal disertakan pengecas sekaligus. Selain itu, beliau juga turut mempertikaikan dengan harga penawaran yang masih mahal walaupun tidak disertakan lagi pengecas seperti sebelum ini.

Sumber Gambar: Counterpoint research

Pada masa yang sama, pihak autoriti Brazil turut tidak berpuas hati kerana maklumat berkenaan pengecualian pengecas perlu dihebahkan dengan lebih meluas dan bukan hanya diletakkan pada laman sesawang semata-mata.

Nampaknya Apple bukan sahaja terpaksa menghadapi isu pengunaan port pengecas USB-C oleh Kesatuan Eropah baru-baru ini. Kini mereka perlu menangani masalah lain dengan pihak autoriti Brazil pula. Dalam pada itu, Apple masih lagi menjadi pilihan pengguna dunia dengan jumlah pengguna aktif yang tinggi ketika ini.

Baru-baru ini dikhabarkan syarikat Apple sudah berjaya menjual sebanyak 2 billion unit iPhone kepada pengguna sejak ianya mula dilancarkan.

Apple Berjaya Jual 2 Bilion iPhone Kepada Pengguna Sejak Mulai Dilancarkan

Apple Mungkin Perkenalkan iPhone Boleh Lipat Menjelang Tahun 2023

Sumber