Sebut mengenai peranti boleh lipat, pastinya ramai yang akan ingat kepada jenama Samsung. Peranti boleh lipat daripada jenama ini dilihat sudah berada di fasa yang matang menjadikan pihak pengeluar terkemuka lain turut ingin mengambil bahagian dalam penawaran segmen tersebut.

Menerusi sumber terkini, dikhabarkan Apple sedang membangunkan dua versi iPhone yang boleh dilipat dengan menggunakan teknologi skrin fleksibel oleh syarikat LG. Syarikat LG telah dipilih sebagai pembekal utama oleh kerana mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam penghasilan panel fleksibel yang berkualiti tinggi.

Sumber Gambar: Somagnews

iPhone boleh lipat ini dijangka bakal membuat kemunculan pada tahun 2023. Difahamkan model iPhone tersebut didakwa bakal menggunakan sejenis paparan OLED yang terbaharu dalam pasaran.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan dakwaan penganalisa terkemuka bahawa Apple bakal menawarkan iPhone versi boleh lipat menjelang tahun 2023 kelak. Sementara itu, dijangkakan Xiaomi, Oppo dan vivo bakal mengeluarkan peranti boleh lipat terbaru mereka pada suku ketiga tahun depan.

Namun begitu, pihak Apple masih belum mengesahkan tentang kehadiran peranti boleh lipat daripada mereka mahupun informasi perancangan pelancaran produk terbaharu pada masa kelak buat masa ini.

Dikhabarkan Tim Cook sedia meletakkan jawatan menjelang tahun 2025 selepas pelancaran sebuah produk kategori baru.

Tim Cook Dijangka Letak Jawatan Menjelang 2025 Selepas Pelancaran Sebuah Produk Kategori Baru

https://www.thevocket.com/bekas-naib-presiden-porsche-chassis-sertai-projek-apple-car/

Sumber