Tidak dinafikan skim ‘Buy Now Pay Later’ semakin banyak ditawarkan oleh syarikat komersial di Malaysia. Walaupun boleh memudahkan pengguna mendapatkan barangan yang diingini terlebih dahulu, terdapat kemungkinan besar pula ada yang tidak mampu untuk membayar semula kepada penyedia perkhidmatannya.

Kini Bank Negara Malaysia telah mulai berbincang bersama Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti untuk menggubal Akta Kredit Pengguna bagi mengukuhkan pengatuaran kawal selia aktiviti kredit bagi pengguna termasuk BNPL.

Sumber Gambar: Buzzkini

BNM menambah lagi dengan mengatakan skim BNPL ini boleh dibayar secara ansuran dengan sifar faedah tetapi mungkin terdapat caj lain yang dikenakan seperti yuran pemprosesan dan yuran pembayaran lewat. Selain itu, BNM turut mengakui ada penyedia BNPL yang mengenakan caj keseluruhan yang lebih tinggi daripada pemberi pinjaman konvesional.

Setakat ini, terdapat sekitar lapan penyedia BNPL yang tersedia di Malaysia seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • SpayLater oleh Shopee
  • Atome
  • myIOU
  • Hoolah
  • PAYLATER
  • FavePay Later
  • PayLater oleh Grab
  • Split

Jumlah ini juga dijangka mungkin akan bertambah kelak dengan pemberi pinjaman konvesional juga berminat menyertai arena ini. Justeru, sebuah badan dinamakan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna atau Consumer Credit Oversight Board (CCOB) yang mana akan menjadi badan tunggal untuk kesemua aktiviti kredit pengguna termasuklah skim BNPL.

Dengan ledakan skim BNPL, BNM menasihatkan pengguna untuk lebih berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan BNPL dan memberi perhatian yang lebih pada syarat dan termanya. Perkara yang perlu diambil cakna secara khususnya bahagian struktur caj dan pembayaran pada sesebuah perkhidmatan BNPL yang ingin digunakan.

Baru-baru ini, Shopee telah mengesahkan bahawa skim BNPL mereka mematuhi shariah terutamanya berkaitan caj dan denda lewat bayar.

Ubah Bentuk Caj Dan Denda Lewat Bayar, Shopee SPayLater Disahkan Patuh Shariah

Luno Malaysia Tawarkan Sokongan Dua Kriptowang Baru Buat Para Pelabur