Sejak mulai dilancarkan, fungsi Buy Now, Pay Later (BNPL) yang diperkenalkan Shopee menerusi SpayLater berjaya mendapat sambutan hangat dalam negara di mana para pembeli berpeluang mendapatkan pelbagai barangan menerusi bayaran ansuran berbanding berbelanja secara sekaligus.

Pengenalan SPayLater sebelum ini juga turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Perseketuan yang memaklumkan caj faedah lewat bayar yang dikenakan mempuynai unsur riba dan haram.

Dalam pada itu, baru-baru ini pihak Shopee berjaya mendapatkan pensijilan patuh syariah daripada Amani Advisors dalam mengesahkan SpayLater sebagai khidmat patuh syariah.

Menerusi penstrukturan bayaran baharu dalam memastikan SPayLater patuh syariah, Shopee telah mengubah kaedah yang dikenakan di mana akaun para pengguna yang lewat membuat bayaran buat SPayLater bakal dibekukan. Selain itu, caj perkhidmatan sebanyak RM10 akan turut dikenakan.

Sumber: spaylater

Pihak Shopee juga dilaporkan turut meningkatkan yuran pemprosesan sebanyak 1.5% setiap bulan bagi jumlah pembelian berbanding 1.25% setiap bulan yang dikenakan sebelum ini. Perubahan yang dibuat ini sekaligus membebaskan pengguna Muslim terutamanya dalam menggunakan khidmat SPayLater tanpa ragu.

Tular pada minggu lalu apabila Elon Musk yang popular dengan tweet mengenai kriptowang memaklumkan beliau tidak pernah mengatakan orang ramai perlu melabur pada instrumen berkenaan.

“Saya Tidak Pernah Kata Orang Ramai Perlu Melabur Pada Kriptowang”- Elon Musk

‘Captain America’ Akhirnya Ucap Selamat Tinggal Kepada iPhone 6s Selepas Bertahun Digunakan

Sumber