Tahukah anda Luno telah menerima sambutan yang baik di Malaysia sehingga menjadi salah satu pasaran terbaik untuk mereka? Hal ini sekaligus memberi kelebihan buat pelabur tempatan kerana pihak Luno sedia memberi fokus pada servisnya di sini.

Terbaharu, Luno Malaysia kini telah menambah dua lagi pilihan kriptowang di bawah penawaran bursa dagangan mereka iaitu Chainlink (LINK) dan juga Uniswap (UNI). Dengan pengenalan ini juga, Luno sedia menawarkan sebanyak tujuh jenis kriptowang di bawah platform mereka di Malaysia.

Sumber Gambar: Luno

Untuk makluman, Chainlink boleh memudahkan pengguna mendapatkan data dunia nyata dari Ethereum dan pelbagai rangkaian kriptowang lain. Sementera Uniswap pula merupakan penyedia penukaran kriptowang P2P terbesar dunia sekaligus memudahkan pengguna mengubah Ethereum ke token lain tanpa melibatkan pihak ketiga.

Setakat artikel ini ditulis, LINK sedia ditawarkan pada harga RM30.76 untuk seunit, sementara Uniswap pula boleh didapatkan pada harga RM18.78 seunit. Luno dijangka bakal memulakan dagangan sepenuhnya untuk kedua-dua kriptowang ini bermula hari ini.

Sementara itu, anda juga boleh ikuti berita terkini yang disajikan oleh penulis menerusi pautan di bawah.

Gagal Tawarkan Servis Berkualiti, Penyedia Perkhidmatan Internet Bakal Dikenakan Tindakan MCMC

Telegram Premium Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM22.90 Sebulan

Sumber