Pada setiap tahun sudah pasti ramai peminat teknologi menantikan acara khas daripada syarikat terkemuka untuk memperkenalkan produk baharu mereka. Antara syarikat pengeluar yang sangat ditunggu-tunggu sudah semestinya Apple dan kini peminat sudah tidak perlu berteka-teki lagi dengan tarikh acara tersebut.

Terbaharu, Apple kini telah mengesahkan acara pelancaran produk seterusnya bakal berlangsung pada 8 Mac 2022 atau masa di Malaysia iaitu 9 Mac ini. Seperti biasa, acara ini akan diadakan di dalam talian dengan menggunakan tema “Peek Performance”.

Berdasarkan spekulasi awal, Apple dijangka memperkenalkan iPhone SE 2022 yang bakal hadir dengan penaik tarafan cip pemprosesan, sensor kamera yang lebih baik serta sokongan rangkaian 5G padanya. Malah, difahamkan harga penawaran yang lebih rendah pada kali ini lebih kerana dalam usaha mahu menarik pengguna Android beralih ke iPhone.

Sementara itu, Apple juga dijangka mungkin memperkenalkan tablet iPad Air generasi baharu pada acara yang sama. Oleh itu, mari kita sama-sama nantikan acara ini yang bakal berlangsung pada minggu depan untuk melihat kejutan yang disediakan oleh Apple serta mengetahui spesifikasi terperinci.

Sementara di Rusia pula, Apple sudah pun menghentikan jualan dalam talian untuk semua produk mereka di sana ketika ini.

Apple Henti Jualan Dalam Talian Untuk Semua Produk Mereka Di Rusia

Stesen Metro Moscow ‘Sesak’ Selepas Pembayaran Apple Dan Google Pay Tidak Lagi Beroperasi

Sumber