Sekiranya anda mengikuti perkembangan iPhone, pastinya anda cukup tahu di mana jenama ini cukup ‘berani’ dalam membuang beberapa port yang dianggap tidak lagi releven.

Sebelum ini, jenama ini pernah membuang headphone jack dan home button serta tidak lagi menyertakan pengecas pada model iPhone yang secara tidak langsung mengundang kepada pelbagai kecaman sebelum menjadi ikutan jenama telefon pintar yang lain.

Sumber: Notebookcheck

Berdasarkan ura-ura terbaru, iPhone dikatakan bakal tidak lagi menyertakan slot kad SIM kad fizikal pada iPhone 15 Pro yang dijangka hadir sekitar tahun 2023 kelak.

Difahamkan langkah ini dibuat dalam usaha untuk menghasilkan iPhone tanpa port sepenuhnya sekaligus mendesak pengguna untuk menggunakan teknologi eSIM untuk tujuan rangkaian.

Dalam pada itu, berita ini masih lagi menjadi ura-ura setakat ini. Masih belum dipastikan sama ada Apple akan merealisasikannya. Sama-sama kita nantikan adakah ‘inovasi’ terbaru daripada Apple ini sekali bakal menjadi ikutan jenama telefon pintar yang lain atau sebaliknya.

Ketahui juga cara memohon pelekat RFID semudah memohon menerusi aplikasi TNG eWallet sahaja.

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Memohon Pelekat RFID Menggunakan Aplikasi TNG eWallet

Profesor Ini Beri Amaran Bitcoin Berpeluang Hilang Secara Tiba-Tiba Dalam Masa Terdekat