Apple sebelum ini sudah pun dilaporkan mahu memulakan pengenalan pengiklanan secara meluas pada sejumlah aplikasi di platform iOS.  Hal ini kerana mereka mahu menjana pendapatan berganda-ganda seperti mana platform pesaing lain.

Terkini, laporan Bloomberg mengatakan bahawa Apple bakal mengintegrasikan pengiklanan pada Apple Maps pada awal tahun 2023 kelak. Apple dikatakan telah dalam proses mengintegrasikan kod awal menyokong pengiklanan carian pada Apple Maps.

Sumber Gambar: Thurrott

Dengan integrasi berkenaan, lokasi seperti restoran boleh mempromosikan lokasi mereka di Apple Maps. Hal ini sekaligus bakal menarik pelanggan ke lokasi mereka. Iklan-iklan ini pula akan disiar berdasarkan kata kunci seperti jenis masakan dan terma-terma berkaitan lain.

Difahamkan integrasi ini akan diperluaskan pada aplikasi seterusnya iaitu Today dan banyak lagi. Apple menyasarkan untuk menjana pendapatan tahunan sebanyak $10 bilion (~RM44.9 bilion) dan ia dijangka boleh dicapai dengan pengenalan iklan pada sejumlah aplikasi pada tahun hadapan.

Sementara itu, syarikat TSMC dilaporkan sudah pun bersedia mahu menghasilkan cip 3nm untuk Apple M2 Pro.

TSMC Dilaporkan Sudah Bersedia Mahu Hasilkan Cip 3nm Untuk Apple M2 Pro

Apple Dijangka Bakal Melancarkan iPhone 14 Pada 8 September Akan Datang