Kita sedia menyaksikan pengenalan komputer riba baharu MacBook Pro yang dijana bersama dengan cip pemproses yang lebih berkuasa serta rekaan serba baharu menerusi acara Unleashed pada pagi tadi.

Seiring dengan itu, kemas kini macOS Monterey turut diperkenalkan buat pengguna Mac pada kali ini. macOS Monterey kali ini membawakan pelbagai ciri baharu menerusinya termasuklah rekaan baharu pada pelayar web Safari, ciri Live Text yang berfungsi seperti Google Lens, ciri Shortcuts yang pasti memudahkan pelbagai tugasan harian dan lain-lain lagi.

Sumber Gambar: Apple

Difahamkan Apple akan menawarkan macOS Monterey bermula 26 Oktober ini untuk pelbagai peranti Mac terpilih secara percuma. Seperti yang anda boleh lihat di atas, berikut merupakan senarai peranti Mac yang sedia menerima sokongan kemas kini terbaharu.

Ketahui harga Apple MacBook Pro dengan pilihan spesifikasi tertinggi ditawarkan dengan harga mencecah RM25,199.

Apple MacBook Pro Dengan Pilihan Spesifikasi Tertinggi Ditawarkan Dengan Harga RM25,199

Apple MacBook Pro Dilancarkan Dengan Dua Pilihan Cip Apple M1 Baharu Bermula Daripada RM8,799

Sumber