Lama dinantikan peminat Apple, akhirnya Apple pada kali ini telah melancarkan model Apple MacBook generasi terbaru. Menariknya, model pada kali ini telah dilancarkan dengan rekaan serba baharu beserta dua saiz skrin berbeza yang terdiri daripada 14-inci dan 16-inci.

Mengulas dari segi paparan, Apple MacBook Pro terbaru ini hadir dengan notch yang menempatkan kamera 1080p di mana Apple melabelnya sebagai Mac dengan penawaran kamera terbaik. Bukan itu sahaja, paparan yang tersedia pada model ini turut menjadikan Apple MacBook Pro sebagai Mac dengan paparan terbaik.

Dari segi spesifikasi, Apple MacBook Pro hadir dengan dua pilihan processor berbeza iaitu Apple M1 Pro dan Apple M1 Max. Sebagai perbandingan, Apple M1 Max hadir dengan kuasa pemprosesan yang lebih berkuasa sekaligus menjadikan processor paling berkuasa bagi siri Apple M1.

Apple MacBook Pro yang menggunakan Apple M1 Pro dengan saiz skrin 14-inci sedia ditawarkan dengan harga bermula daripada RM8,799 manakala saiz 16-inci pula hadir dengan harga bermula daripada RM10,799. Sementara itu, Apple MacBook Pro dengan penggunaan Apple M1 Max dengan saiz skrin 16-inci ditawarkan dengan harga RM14,799.

Pastinya harga yang lebih tinggi antara yang ditawarkan buat mereka yang mahukan lebih kuasa pada Apple MacBook Pro yang mahu ditempah. Dalam pada itu, melihat kepada spesifikasi yang ditawarkan, pastinya model ini merupakan pilihan yang berbaloi buat mereka yang mendambakan prestasi yang hebat pada Apple Macbook Pro yang digunakan.

Selain Apple MacBook Pro, syarikat ini turut melancarkan Apple AirPods generasi ketiga yang hadir dengan harga RM829.

Apple Lancarkan AirPods Generasi Ketiga Secara Rasmi Dengan Harga RM829

Kos Untuk Hasilkan Apple iPhone 13 Pro Cuma Sekitar RM2,381 Sahaja