Sambutan yang cukup menggalakkan dapat dilihat terhadap siri iPhone 13 di seluruh dunia. Malah, masih ramai lagi peminat iPhone yang sedang mencari peranti tersebut di kedai mahupun di atas talian. Namun begitu, krisis kekurangan bekalan cip di peringkat global bakal memberi impak kepada penawaran barisan siri iPhone 13 kali ini.

Menurut laporan Bloomberg, Apple mungkin terpaksa menurunkan sasaran penghasilan untuk barisan siri iPhone 13 sebanyak 10 juta unit. Hal ini berlaku kerana isu kekurangan bekalan cip yang berpanjangan di mana sekaligus membantutkan penghasilan barisan terbaru telefon pintar Apple.

Sumber Gambar: Gamingsym

Syarikat Texas Instrument dan Broadcam yang merupakan antara pembekal komponen-komponen penting untuk siri iPhone 13 dilaporkan tidak mempunyai bekalan yang cukup untuk memenuhi sasaran pengeluaran yang dirancang pada awalnya.

Apple juga dikhabarkan mengalami masalah yang sama bersama syarikat pembekal lain ekoran kekurangan bekalan komponen tertentu untuk telefon pintar terbaharu mereka.

Tim Cook sebelum ini sudah menjangkakan krisis kekurangan bekalan komponen di dalam industri elektronik akan berlarutan sehingga tahun hadapan atau lebih lagi. Secara tidak langsung, harga semasa bagi setiap komponen turut akan meningkat oleh disebabkan permintaan yang tinggi tetapi bekalan yang terhad.

Pada Julai lalu, Tim Cook mengatakan bahawa masalah bekalan cip pemprosesan di peringkat global mungkin menjejaskan penawaran produk baharu Apple.

Masalah Bekalan Cip Pemprosesan Mungkin Jejaskan Penawaran Produk Baharu Apple

Masalah Bekalan Cip Bakal Beri Kesan Kepada Harga Gadget Pada Tahun 2022