Dengan pelbagai jenis juadah yang lazat di Pulau Pinang menjadi kegemaran ramai, pasti ada yang mengidam untuk merasainya namun tidak berkesempatan untuk ke sana. Kini anda sudah tidak perlu risau lagi kerana AirAsia sedia membawakan makanan idaman dari Pulau Pinang ke pintu rumah anda.
AirAsia Food kini memperkenalkan perkhidmatan tempahan makanan untuk kawasan terpilih di Lembah Klang yang membolehkan pengguna menikmati juadah popular dari Pulau Pinang yang diterbangkan dan dihantar terus ke pintu rumah anda.
Pilihan makanan pula termasuklah pilihan termasuklah kedai terkemuka Nasi Kandar Hameediyah, Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, Jeruk Campur Pak Ali dan beberapa kedai terpilih lain. Penghantaran pula telah dihadkan untuk setiap hari Rabu Sahaja.
Pengguna mempunyai pilihan untuk membuat pra-tempahan makanan kegemaran mereka sehingga 30 hari lebih awal. Tempahan akan ditutup pada jam lima petang sehari sebelum penghantaran dijadualkan. Caj penghantaran dikenakan sebanyak RM5.90 untuk setiap pesanan.
Sekiranya anda mahu mencuba perkhidmatan ini, kini sudah boleh diakses menerusi aplikasi airAsia Super menerusi Google Play Store dan App Store. Selepas ini, anda sudah tidak perlu merantau ke Pulau Pinang untuk hanya mendapatkan makanan kegemaran kerana sudah tersedia tempahan menerusi AirAsia.
Sebelum ini, AirAsia juga berhasrat untuk merealisasikan perkhidmatan teksi terbang seawal tahun 2025.
AirAsia Bakal Realisasikan Perkhidmatan ‘Teksi Terbang’ Seawal Tahun 2025
Tawarkan Pengalaman Pembayaran Lebih Lancar, airasia Super App Lancarkan Platform E-Wallet Baharu