Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Syarikat Capital A atau nama lamanya iaitu AirAsia kini dilihat sangat giat meneroka peluang baharu termasuklah memperkenalkan teksi udara tidak lama lagi. Malah, mereka juga sangat menekankan kepentingan ekosistemnya termasuklah aplikasi yang digunakan oleh orang ramai untuk membuat pembayaran.

airasia Super App kini mengumumkan satu lagi ciri baharu pada aplikasinya yang dinamakan airasia pocket. Dengan ciri dompet elektronik ini, ia membolehkan para pengguna untuk mengisi semula baki dan membuat pembayaran untuk semua produk dan perkhidmatan yang tersedia pada aplikasi di samping berpeluang untuk mendapat ganjaran.

Sumber Gambar: Leh Leo News

Pengguna airasia pocket berpeluang untuk memperoleh mata ganjaran airasia semasa pengaktifan serta menikmati tambahan 10% diskaun untuk semua tempahan penerbangan AirAsia dan 10 kali ganda mata ganjaran airasia dengan setiap pesanan menerusi airasia food pada hujung minggu.

Ciri airasia pocket kini tersedia untuk semua pengguna airasia Super App di Malaysia dalam mata wang Ringgit Malaysia. Terdapat dua jenis akaun airasia pocket iaitu Lite dan Pro. Akaun Lite disyorkan untuk kegunaan seharian dengan had saiz dompet sebanyak RM500, sementara akaun Pro pula menyokong transaksi bernilai tinggi dengan had saiz dompet sehingga RM5,000.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Ciri-ciri pada airasia pocket telah dibangunkan oleh Fass Payment Solution Sdn Bhd yang merupakan sebuah pemain industri e-wallet label putih dan juga penyedia e-wang yang diperakui oleh Bank Negara Malaysia.

Platform ini telah direka khas untuk membolehkan rakan kongsinya untuk membina serta menginovasi platform pembayaran tindanan penuh Fasspay dan menawarkan pelbagai perkhidmatan pembayaran serta kewangan buat pelanggan.

Difahamkan ini menjadi langkah terakhir oleh pihak AirAsia dalam memuktamadkan sepenuhnya ekosistem mereka yang mana bakal menunjukkan potensi sebenar airasia Super app. airasia pocket ini dilihat sebagai cara yang lebih mudah, pantas dan lebih bermanfaat untuk membayar segalanya di dalam ekosistem AirAsia.

Sementara syarikat Grab pula, mereka bakal menggunakan teknologi GrabMaps pada aplikasinya untuk mengesan lokasi dengan tepat pada suku ketiga 2022.

Aplikasi Grab Bakal Ditambah Baik Dalam Mengesan Lokasi Dengan Tepat Menjelang Suku Ketiga 2022

Google Maps Sedia Paparkan Bayaran Tol Pada Aplikasi Android Dan iOS

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group