Perkembangan NFT tempatan boleh dilihat sangat positif sehingga berjaya menarik ramai peminat baharu yang juga ingin menerokainya. Selain penerimaan yang baik di sini, kini sebuah acara festival khas NFT pula bakal diadakan buat julung kalinya di Malaysia.

Terbaharu, acara festival khas NFT yang dinamakan M1NTED ini bakal dianjurkan di Kuala Lumpur Performing Arts Center (KLPac) pada 4 Jun dan 5 Jun 2022 ini. Acara ini bakal menghimpunkan komuniti dan artis NFT untuk berkongsi ilmu dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan menerusinya.

Acara ini bakal dibuka kepada semua dan meliputi pelbagai jenis NFT daripada gambar, video, muzik dan sebagainya. Malah, ia akan dibuka kepada umum dengan pelbagai acara perkongsian dan panel perbincangan. Menerusi acara ini juga, pengajur menyasarkan supaya lebih ramai orang mengenali akan arena NFT yang kian berkembang pesat.

Bagi anda yang berminat, boleh lawati laman rasmi M1NTED pada hari ini dan menyertai festival NFT yang dianjurkan secara besar-besaran buat pertama kali di Malaysia. Untuk artis-artis NFT pula, anda boleh memohon untuk mendapatkan slot booth di M1nted ConFest untuk mempamerkan hasil karya masing-masing kepada umum.

Bercakap tentang populariti NFT, terdapat enam artis tempatan yang sudah berkecimpung dalam dunia NFT dan ada yang menawarkan NFT tersendiri kepada peminat.

6 Artis Tempatan Yang Sudah Terlibat Dalam Dunia NFT

6 Anak Seni Tempatan Yang Berjaya Menjana Sehingga 6 Angka Menerusi Penjualan Karya NFT

Sumber