Pengenalan rangkaian 5G sedia ditawarkan kepada umum menjelang akhir tahun ini mengikut sasaran awal kerajaan. TS Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah berkongsi beberapa gambar tinjauan yang memperlihatkan proses pemasangan tiang jalur lebar 5G sedang giat dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan yang lepas, terdapat tiga kawasan yang bakal menerima penawaran perkhidmatan rangkaian 5G pada peringkat awal ini iaitu Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya. Malah, sebahagian pengguna sudah boleh menikmati rangkaian 5G seawal penghujung tahun ini sekiranya semua berjalan dengan lancar.

Menurut syarikat DNB pada sebelum ini, mereka menyasarkan sekurang-kurangnya kelajuan minima 100Mbps antara boleh dinikmati oleh para pengguna menerusi penawaran 5G pada masa kelak. DNB yang juga menguruskan keseluruhan fasiliti 5G Malaysia turut memberi kuasa kepada penyedia telekomunikasi menawarkan pakej kepada pengguna akhir menerusinya.

Perkembangan yang cukup positif ini telah mempamer kesungguhan kerajaan Malaysia mahu memastikan rangkaian internet kita menjadi lebih baik sekaligus boleh meningkatkan produktiviti di dalam pelbagai industri. Sama-sama kita nantikan pengumuman pengenalan rangkaian 5G kepada umum secara rasmi tidak lama lagi.

Dalam masa yang sama, TS Annuar Musa juga menyasarkan Malaysia muncul tempat kedua di Asian untuk perlumbaan 5G.

Annuar Musa Sasar Malaysia Muncul Tempat Kedua Di ASEAN Untuk Perlumbaan 5G

DNB Menyasarkan Kelajuan 5G Sekurang-Kurangnya 100Mbps Pada Akhir Tahun Ini

Sumber