Jika di Indonesia mereka sudah pun menguji sebuah prototaip teksi udara yang diberi nama EHang pada tahun lalu. Kini giliran AirAsia pula mewakili Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan teksi terbang untuk kemudahan bergerak ke sesuatu lokasi menerusi udara di dalam bandar.

Terbaharu, AirAsia dilaporkan akan menyertai mesyuarat pertamanya melibatkan perkara berkenaan yang bakal diadakan pada bulan ini. Dengan ini, mereka menyasarkan untuk menghantar kenderaan berbentuk teksi terbang iaitu VX4 yang ditempah seawal 2025 kelak.

Hal ini sekaligus memberikan bayangan bahawa pihak AirAsia akan melancarkan perkhidmatan teksi terbang dalam masa yang sama. eVTOL VX4 ini boleh memuatkan seramai empat orang penumpang menaikinya dengan jarak penerbangan sekitar 160 kilometer dan boleh mencapai kelajuan sehingga 320 km/j.

Kehadiran teksi ini dijangka akan membolehkan orang ramai menggunakannya untuk bergerak dari KLIA ke bandar Kuala Lumpur dalam masa 17 minit sahaja. Mengulas mengenai harga, ia dijangka akan ditawarkan sekitar RM211 untuk seorang penumpang.

Bagi melancarkan perniagaan itu, teksi udara memerlukan beberapa pensijilan selain peraturan penerbangan khusus dan infrastruktur bagi mendarat, berlepas dan parkir. Oleh itu, kesemua syarikat yang berkaitan di dalam penjajian ini perlu menguruskan kesemua pensijilan dan mendapatkan persetujuan pelbagai pihak sebelum boleh beroperasi secara rasmi.

Ketahui juga Tony Fernandes muncul sebagai usahawan terbaru yang melibatkan diri dalam dunia NFT dengan memiliki karya Phantabear berharga RM53,644.

Tony Fernandes Muncul Sebagai Usahawan Terbaru Terlibat Dalam Dunia NFT

6 Artis Tempatan Yang Sudah Terlibat Dalam Dunia NFT