Boleh dikatakan sejumlah platform hiburan sudah membawakan ciri kedai dalam talian untuk tujuan pembelian sesuatu benda dengan mudah. Malah, Youtube pula mahu berbuat sedemikian pada platform yang menjadi tumpuan ramai ketika ini.
YouTube kini dilaporkan sedang dalam perbincangan bersama beberapa syarikat hiburan dalam usaha melancarkan sebuah kedai dalam talian khas pada platformnya. Kedai tersebut bertujuan untuk membolehkan para pengguna melanggan sesuatu saluran penstriman dan menikmati kandungan daripadanya.
Dengan langkah ini, penggunna boleh melanggan perkhidmatan penstriman lain menerusi YouTube sahaja. Buat masa ini, ciri ini dinamakan Channel Store dan sebenarnya telah muncul perancangan sebegini sejak tahun 2020 lalu. YouTube dijangka bakal menjadi antara hab utama untuk mengakses sejumlah konten menarik kelak.
Pengguna dikatakan boleh menonton video teaser atau trailer pada Youtube dan kemudian boleh terus memilih untuk menonton sesuatu atau siri TV secara penuh dengan melanggan terus pada YouTube tanpa perlu keluar daripada platform itu. YouTube dijangka akan memperkenalkan Channel Store dalam beberapa bulan lagi.
Selain itu, tahukah anda berkaitan Disney+ berjaya mendahului Netflix dengan jumlah langganan yang lebih tinggi iaitu 221 juta pengguna?
Disney+ Mendahului Netflix Dengan Jumlah Langganan Yang Lebih Tinggi
Mahu Tarik Pelanggan Baru, Netflix Sahkan Bakal Perkenalkan Pelan Bajet Dengan Paparan Iklan