Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Lagu Baby Shark sememangnya sangat popular di seluruh dunia malah sehingga terngiang-ngiang di telinga kita setiap kali mendengar irama mahupun lirik lagunya. Lagu ini juga mempunyai peminat yang ramai di kalangan kanak-kanak kerana visual serta irama yang senang difahami dan menarik.

Kini video lagu Baby Shark dilaporkan sudah mencatat rekod baharu selepas berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 10 billion di platform YouTube. Bahkan, sebelum ini video yang sama juga mempunyai jumlah tontonan paling banyak menerusi platform tersebut pada tahun 2020.

Lagu kanak-kanak ini dihasilkan oleh sebuah syarikat pendidikan Korea Selatan, Pikfong yang mana berjaya menjadi viral pada tahun 2016 di Asia sebelum ia mulai dikenali oleh negara lain pula menjelang tahun 2019. Sejak itu, lagu ini sudah mula diputarkan pada pelbagai platfrom terkenal, rancangan televisyen antarabangsa dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, lagu Baby Shark juga sudah menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa serta menduduki tangga teratas di dalam carta muzik dunia pada beberapa tahun lalu. Selain itu, lagu ini juga berjaya menewaskan jumlah tontonan lagu Despacito yang kini menduduki tangga kedua di dalam carta video YouTube.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Sumber Gambar: Youtube

Sementara di Malaysia, kita juga tidak kurang hebatnya dengan kehadiran Upin Ipin, BoBoiBoy dan Ejen Ali yang sudah mula menebusi pasaran global. Tidak mustahil pada suatu hari nanti lagu serta animasi kita juga akan dikenali di seluruh dunia kelak.

Sementara itu, pihak Youtube juga sedia menghalang sebarang video dan saluran yang melibatkan dakyah antivaksin pada platfrom tersebut.

YouTube Bakal Halang Sebarang Video Dan Saluran Melibatkan Dakyah Antivaksin

Twitter Bakal Memadam Sebarang Perkongsian Gambar Dan Video Peribadi Tanpa Kebenaran

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group