Syarikat Netflix sedang berada dalam fasa mencabar ekoran mengalami kerugian yang teruk secara berterusan. Hal ini mendorong kepada mereka untuk mengambil beberapa langkah drastik seperti membuang sejumlah pekerja kerana tidak mampu mengajikan lagi.

Terbaharu, Ketua Pengawai Eksekutif Bersama Netflix, Ted Sarandos mengesahkan pelan langganan dengan sokongan iklan diperkenalkan dalam masa terdekat ini. Beliau memaklumkan perkara berkenaan di dalam festival pengiklanan Cannes Lion baru-baru ini.

Sumber Gambar: CNBC

Sebelum ini Netflix pernah beberapa kali mencadangkan untuk memperkenalkan pelan lebih murah sejak April lalu. Hal ini bertujuan bagi memberikan pilihan kepada pengguna yang tidak kisah tentang iklan selagi boleh menonton kandungan Netflix.

Beliau turut menyatakan pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan pengiklan-pengiklan yang berminat namun tidak menyatakan bilakah ia akan mulai diperkenalkan. Setakat ini, Netflix masih belum menyatakan harga bagi pelan langganan baru itu dan bagaimanakah ia akan diimplementasikan di dalam platformnya.

Tindakan Netflix memperkenalkan pelan bersama-sama iklan adalah suatu perkara yang diduga berikutan kemerosotan keuntungannya sejak suku pertama tahun ini lagi. Ditambah pula saingan sengit di dalam arena membuatkan mereka perlu lebih agresif dalam menarik seramai mungkin pelangan yang berminat dengannya.

Sebelum ini juga, Netflix dilaporkan sedang meneroka kandungan berbentuk siaran langsung pada platformnya.

Netflix Dilaporkan Sedang Meneroka Kandungan Berbentuk Siaran Langsung

Ekoran Salah Guna Akaun, Netflix Bakal Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Akaun Yang Berkongsi