Aplikasi MySejahtera sudah menjadi aplikasi penting buat orang ramai dalam memantau sejauh mana penularan wabak COVID-19 secara langsung dan sedia ditambah beberapa ciri baharu seperti membolehkan pembelian self test kit menerusinya.
Terbaharu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kini sudah mencadangkan supaya aplikasi MySejahtera ditambah nilai bertujuan untuk pendermaan organ. Hal ini kerana pihaknya melihat jumlah orang yang ingin menderma organ ini semakin berkurangan.
Justeru, beliau mahu menggunakan aplikasi MySejahtera untuk memudahkan rakyat Malaysia menderma organ mereka. Ketika ini sahaja, negara berdepan dengan peningkatan pesakit buah pinggang kronik khususnya yang terpaksa bergantung kepada rawatan dialisis.
Selain itu, bilangan pesakit buah pinggang di seluruh dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang tahun 2040. Oleh itu, bilangan penderma juga perlu dipertingkatkan kerana lebih ramai pesakit memerlukan organ untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.
Dalam pada itu, Thailand juga sudah mengiktiraf Sijil Vaksinasi COVID-19 pada aplikasi MySejahtera sempena pembukaan sempadan ini.
Thailand Iktiraf Sijil Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera Sempena Pembukaan Sempadan
Sijil Vaksin MySejahtera Dilindungi Teknologi ‘Blockchain’ Untuk Elak Isu Pemalsuan