Sijil vaksinasi COVID-19 sudah menjadi salah satu passport penting buat anda yang mahu mengembara ke negara lain. Namun begitu, dikesan tidak semua negara mengiktiraf sijil vaksinasi yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia sehingga ada individu yang terkandas buat sementara waktu di negara tersebut.

Terbaharu, Thailand kini mengesahkan bahawa mereka mengiktiraf sijil vaksinasi daripada aplikasi MySejahtera yang mana selari dengan pembukaan sempadan yang bakal berlaku tidak lama lagi.

Sumber Gambar: Astro Awani

Inisiatif ini diambil berikutan mengenai sejumlah rakyat Malaysia yang terkandas di lapangan terbang Manila sebelumnya akibat negara Filipina tidak menerima sijil vaksinasi di MySejahtera. Namun perkara ini telah diselesaikan dan kini negara tersebut turut mengiktiraf Mysejahtera dan Malaysia juga sedia menerima sijil dari VaxCertPh yang dikeluarkan kerajaan Filipina.

Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Nongyau Jirundorn berkata pelancong dari Malaysia diminta untuk mencetak sijil vaksinasi mereka dan bukan hanya memaparkannya menerusi skrin peranti sahaja. Menerusi program Test and GO juga, pelancong akan dikenakan ujian PCR sejurus tiba di Thailand dan hari kelima mereka di sana.

Sumber Gambar: The Bangkok Post

Dengan kadar vaksinasi sudah mencapai 70% secara keseluruhan penduduk, Thailand akan mulai membuka pintu sempadan mereka pada Mac 2022 dan dijangka lebih sejuta pelancong dari Malaysia bakal mengunjungi negara tersebut. Diharapkan anda mengambil perhatian akan perkara ini sekiranya mahu mengunjungi negara tersebut kelak.

Baru-baru ini, kerajaan telah membuka kiosk MySejahtera fizikal dilihat menerima sambutan cukup memberangsangkan oleh para pengguna.

https://www.thevocket.com/mahu-bantu-selesaikan-permasalahan-dengan-aplikasi-kiosk-mysejahtera-fizikal-kini-dibuka/

KJ Tegaskan Bakal Wajibkan Penggunaan MySJ Trace Sekiranya Pengguna Masih Ingkar

Sumber