Antara penjejak kesihatan yang sangat terkenal adalah Mi Band oleh kerana sejumlah ciri menarik yang ditawarkan pada harga berbaloi. Setelah sekian lama menantikan Mi Band yang baharu, akhirnya kini peminat dapat melihat kemas kini penjejak kesihatan kegemaran mereka.
Terkini, Xiaomi Mi Band 7 Pro telah diperkenalkan dalam menyaingi pasaran penjejak kesihatan pada hari ini. Penjejak kesihatan terbaharu keluaran Xiaomi ini menampilkan binaan premium dengan tubuh logam berbentuk segi empat. Tali pula sejenis silikon dengan padanan beberapa pilihan warna yang menarik.
Seperti model-model sebelumnya, sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan untuk kemudahan pengguna. Ini termasuklah pemantauan corak tidur, tahap stress seharian, kadar denyutan jantung dan banyak lagi. Selain itu, hadir 117 mod sukan terbina dengan 10 daripadanya adalah berasaskan larian.
Bateri sebesar 235mAh yang disertakan turut berupaya bertahan sehingga 12 hari lamanya. Ciri lain juga adalah mempunyai kalis air sedalam 50 meter, sokongan GPS dan juga ciri always-on-display untuk paparkan sejumlah informasi ringkas pada skrin jam tersebut. Xiaomi Mi Band 7 Pro ini dijual di China dengan harga RMB379 (~RM250).
Sementara itu, Xiaomi juga baru sahaja melancarkan peranti hasil kolaborasi bersama Leica buat pertama kalinya menerusi siri Xiaomi 12S kali ini.
Siri Xiaomi 12S Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Penggunaan Teknologi Leica Dan Snapdragon 8+ Gen 1
Bukan Sahaja Mantap Dari Segi Rekaan, Siri Xiaomi 12 Turut Sarat Dengan Spesifikasi Hebat!