Xiaomi pada minggu ini telah membuat kejutan dengan pengenalan sebuah robot anjing yang digelar Xiaomi CyberDog. Xiaomi CyberDog dilengkapi sistem kamera 3D Intel Real Sense dan cip pemprosesan NVIDIA Jetson Xavier NX dengan kemampuan pemproses 21 TOPs.

Model ini turut dilengkapi dengan sistem motor buatan sendiri yang membolehkan Xiaomi Cyberdog bergerak pada kelajuan 3.2m/s serta mampu membawa beban seberat 3 kilogram pada satu-satu masa. Robot ini dilengkapi dengan 11 sensor pada badan yang merangkumi sensor ultrasonik, kamera dan GPS untuk bantu berinteraksi dengan persekitaran.

vocket-tech-news-dog-1
Sumber Gambar: TechCrunch

Selain itu, Xiaomi mengatakan mereka akan mengambil konsep sumber terbuka untuk robot ini dalam menuju ke arah kemajuan inovasi dan akan menawarkan sekitar 1,000 unit sahaja kepada peminat Xiaomi, jurutera dan peminat robotik sahaja. Teknologi yang disertakan sudah cukup memadai untuk mengikuti pemilik dan merentasi sebarang halangan dengan mudah.

CyberDog ini juga disertakan dengan sistem AI yang terbina untuk mengawal peralatan pintar di rumah dan boleh mengecam muka manusia. Pengguna boleh memberi arahan menerusi tiga cara iaitu suara, alat kawalan jauh dan aplikasi.

vocket-tech-news-dog-2
Sumber Gambar: Newatlas
vocket-tech-news-dog-3
Sumber Gambar: Newatlas

Dari segi harga penawaran pula, Xiaomi CyberDog akan dijual pada harga RMB999 (~RM6519) seunit. Harga yang ditawarkan lebih murah berbanding daripada pesaing di pasaran yang bakal menarik banyak peminat untuk mendapatkan robot ini.

Dalam acara yang sama juga, CEO Xiaomi mengumumkan misi baharu dalam menyaingi Samsung untuk menjadi jenama nombor satu dunia dalam tempoh 3 tahun lagi.

Xiaomi Sasar Saingi Samsung Jadi Jenama No.1 Dunia Dalam Tempoh 3 Tahun Lagi

Xiaomi Muncul Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Dunia Buat Pertama Kalinya

Sumber