Xiaomi telah pun melancarkan siri model Xiaomi 12 pada tahun lalu di pasaran China. Kini akhirnya, Xiaomi telah pun membuat pelancaran secara rasmi untuk pasaran global dan sudah semestinya termasuklah pasaran tempatan.

Untuk pasaran tempatan, kita dibawakan dua buah model iaitu Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro. Siri ini menjadi antara peranti paling canggih di pasaran kerana spesifikasi yang ditawarkan sementara harganya pula berpatutan. Mari kita lihat lebih dekat spesifikasi kedua-dua model ini seperti di bawah.

Xiaomi 12

Sumber Gambar: Xiaomi

Xiaomi 12  ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.28-inci AMOLED FHD+ berserta sokongan refresh rate 120Hz. Cip yang digunakan cukup berkuasa iaitu Snapdragon 8 Gen 1 terkini yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman mencecah 256GB. Kecerahannya juga boleh mencapai sehingga 1,100 nits dengan sokongan Dolby Atmos membuatkan paparan tampak lebih cantik dan jelas pada setiap masa.

Bateri pula sebesar 4,500 mAh dan hanya menyokong pengecasan 67W yang mampu mengecas penuh dalam masa 39 minit sahaja serta pengecasan secara wireless sepantas 50W. Walaupun rekaannya kelihatan sama tetapi saiz peranti ini lebih kecil berbanding versi Pro membuatkan ia sedap dipegang.

Sumber Gambar: Xiaomi

Bercakap mengenai kamera pula, terdapat tiga lensa yang dimuatkan iaitu 50MP lensa utama, 13MP lensa ultra lebar dan 5MP lensa telemakro. Xiaomi juga menggandingkannya dengan algoritma AI untuk membolehkan pengguna mengambil mod potret malam, potret HDR dan banyak lagi.

Sistem rakaman video 8K dan sokongan Cyberfocus membolehkan gambar atau video yang diambil hanya difokuskan kepada subjek. Bercakap mengenai audio pula, Xiaomi 12 dilengkapi dengan speaker stereo yang ditala oleh Harmon Kardon dengan sokongan Dolby Atmos.

Sumber Gambar: Xiaomi

Sensor infra merah juga masih dikekalkan serta untuk sekuriti Xiaomi hadir membawakan pengimbas cap jari bawah skrin. Sistem operasi yang digunakan pada peranti adalah MIUI 13 yang berasaskan Android 12.

Xiaomi 12 ini akan hadir dengan tiga pilihan warna iaitu unggu, kelabu dan biru dijual dengan harga RM2,899 untuk varian 8GB RAM dengan storan dalaman 128GB dan RM2,999 pula untuk varian 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB. Anda juga boleh membuat pra tempahan untuk mendapat penjimatan sebanyak RM100.

Xiaomi 12 Pro

Sumber Gambar: Xiaomi

Seterusnya, model Xiaomi 12 Pro pula dilengkapi dengan skrin 6.73-inci AMOLED 2K dengan refresh rate 120Hz. Selain itu, peranti ini sudah semestinya dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 1 berserta memori 12GB RAM dengan storan dalaman mencecah 256GB. Skrinnya juga mempunyai perlindungan kaca Gorilla Glass Victus untuk perlindungan terbaik.

Kapasiti bateri pula hanya 4,600mAh dengan pengecasan pantas 120W serta pengecasan secara wireless 50W. Malah terdapat teknologi AdaptiveCharge di mana ia boleh memperlahankan kadar pengecasan apabila sampai 80% untuk mengatasi masalah overcharge.

Sumber Gambar: Xiaomi

Xiaomi juga sangat menfokuskan kepada kamera pada siri kali ini jadi hadir dengan sistem tri-kamera gabungan daripada sensor 50MP sudut lebar, 50MP ultra sudut lebar dan 50MP telefoto dengan sokongan penstabilan OIS. Sementara, kamera swafoto hadir dengan 32MP. Sistem penfokusan Cyberfocus juga diperkenalkan untuk penjejakan objek yang pantas.

Dari segi audio pula, model ini hadir dengan dua speaker utama dua tweeter yang masing-masing mengarahkan bunyi ke setiap sisi peranti untu menghasilkan bunyi yang cukup imersif dan padu dengan hasil kerjasama Harman Kardon dan menyokong Dolby Atmos.

Sumber gambar: Xiaoami

Di samping itu, model ini juga menjalankan MIUI 13 yang berasaskan Android 12 dengan kemaskini perisian sehingga tiga tahun untuk sistem operasi dan empat tahun kemaskini tampalan sekuriti. Peranti ini juga masih mengekalkan sensor inframerah dan pengimbas cap jari di bawah skrin.

Di Malaysia, Xiaomi menjual peranti ini pada harga RM3,899 untuk variasi 12GB RAM dan 256GB storan dalaman. Pra-tempahan akan bermula pada hari ini sehingga 23 Mac kelak dan mereka yang terawal akan menerima sekali jaminan skrin dalam masa enam bulan pertama,  dua tahun jaminan peranti dan hadiah bernilai sehingga RM2,197.

Sebelum ini, Xiaomi juga berjaya dinobatkan sebagai jenama telefon pintar pilihan rakyat Malaysia pada tahun 2021.

Xiaomi Berjaya Muncul Sebagai Jenama Telefon Pintar Pilihan Rakyat Malaysia Pada Tahun 2021

Xiaomi Muncul Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Dunia Buat Pertama Kalinya

Sumber