WhatsApp selaku aplikasi pemesejan terkemuka global sedia membawakan pelbagai kemas kini baharu untuk para penggunanya. Kini mereka sedang mengusahakan beberapa ciri baharu untuk melindungi privasi pengguna sekaligus menarik minat pengguna untuk terus setia dengan platform tersebut.

Terkini, WhatsApp telah membawakan tiga ciri privasi baharu yang pasti akan digunakan oleh orang ramai. Ciri privasi baharu ini juga merupakan salah satu cara WhatsApp mahu menerapkan kepentingan menjaga privasi pengguna sewaktu di dalam talian.

Sumber Gambar: Twitter

Ciri privasi pertama yang diperkenalkan adalah kawalan status aktif di dalam talian. Pengguna kini boleh menetapkan siapa yang boleh dan tidak boleh melihat status dalam talian. Ciri ini boleh digunakan sekiranya seseorang tidak mahu diganggu dan hanya inginkan masa bersendirian atau memberi fokus pada kerja.

Sumber Gambar: Twitter

Seterusnya, ciri ini bakal menghalang kemampuan screenshot pada ciri mesej View Once.  Ini bermakna setiap kali anda menghantar imej kepada sesiapa dalam mode View Once, maka penerima tidak boleh melakukan screenshot dan fail media tersebut akan terus terpadam secara automatik.

Sumber Gambar: Twitter

Akhir sekali, ciri yang paling menarik iaitu membolehkan seseorang pengguna keluar dari sesebuah Group secara senyap. Sebaik meninggalkan Group selepas ini, tiada lagi notifikasi berkenaan anda keluar dari Group akan dipaparkan dalam ruang sembang. Notifikasi hanya akan diterima kepada pentadbir WhatsApp Group Sahaja.

Sumber Gambar: Twitter

Ciri ini akan diberikan menerusi kemas kini baharu kepada platform Android dan iOS. Jadi, anda boleh dapatkan kemas kini baharu ini menerusi Google Play Store dan App Store.

Antara ciri menarik lain yang turut ditawarkan oleh WhatsApp adalah kebolehan memindahkan data WhatsApp Android ke iOS.

Ciri Memindahkan Data WhatsApp Android Ke iOS Sedia Ditawarkan Buat Semua Pengguna

Ray-Ban Stories Tawarkan Sokongan Membuat Panggilan Menerusi WhatsApp