Ray-Ban Stories merupakan salah satu kaca mata pintar yang sedia ditawarkan secara komersial oleh pihak Meta kepada orang ramai. Dengan kaca mata pintar ini, pengguna boleh merakam gambar dan berkongsi terus ke laman sosial Facebook serta mendengar lagu menerusinya.

Menerusi kemas kini terbaharu, Ray-Ban Stories turut hadir beberapa ciri menarik dan salah satunya adalah membuat panggilan suara menerusi WhatsApp. Selain membuat panggilan, kaca mata pintar ini juga boleh membacakan mesej dari WhatsApp kepada pengguna.

Sumber Gambar: Techcrunch

Mark Zuckerberg mengatakan pada masa kelak akan hadir dengan ciri membalas mesej WhatsApp dengan membacakan terus menggunakan arahan suara. Selepas ini, pengguna Ray-Ban Stories boleh membuat panggilan serta menghantar mesej pada WhatsApp menggunakan arahan suara sahaja.

Difahamkan juga setiap panggilan dan mesej ini telah dilindungi dengan enkripsi dan juga tidak di disimpan pada mana-mana pelayan. Malangnya, kaca mata pintar yang serba fungsi ini masih belum ditawarkan di Malaysia buat masa ini.

Selain Meta, syarikat Apple pula dijangka bakal hadir dengan set kepala AR yang canggih menjelang Januari 2023 kelak.

Set Kepala AR Apple Mungkin Ditawarkan Seawal Januari 2023

Apple Watch Dijangka Hadir Dengan Versi Pro Pada Tahun Ini