Pada tahun ini, WhatsApp menawarkan pelbagai fungsi yang menarik melalui kemas kini yang terbaru. Menerusi laporan sebelum ini, pengguna bakal menerima fungsi menghantar gambar dan video pada kualiti yang tinggi dan boleh mengakses akaun WhatsApp melalui pelbagai peranti.

Terbaharu, WhatsApp versi beta akan menawarkan antara muka yang panggilan yang disertakan beberapa fungsi baru pada WhatsApp iOS. Antara muka yang terbaru dilihat lebih mirip seakan aplikasi Facetime.

vocket-tech-news-call-2
Sumber Gamba: Wabetainfo

Terdapat fungsi butang “Ring” di mana anda boleh menjemput pengguna WhatsApp lain walaupun sedang berada dalam sesi panggilan. Anda juga boleh mengabaikan jemputan yang diterima oleh pengguna lain.

vocket-tech-news-whatsapp-call-1
Sumber Gambar: Wabetainfo

Sekiranya anda berminat untuk menyertai semula panggilan berkumpulan yang sedang berlangsung, anda boleh tekan butang “Tap to Join” atau “Join Call” pada tab panggilan yang dipaparkan tanpa perlu dijemput semula.

Fungsi ini akan diuji pada WhatsApp iOS terlebih dahulu sebelum giliran Android pula pada masa kelak. Kehadiran kemas kini yang terbaru dapat memudahkan pengguna untuk menyertai sesi panggilan secara berkumpulan. Sama-sama kita nantikan kemas kini terbaru daripada aplikasi WhatsApp.

Berikut merupakan beberapa fungsi menarik yang bakal diterima oleh pengguna pada kemas kini yang akan datang.

WhatsApp Bakal Tawarkan Fungsi Penghantaran Gambar Berkualiti Tinggi

WhatsApp Bakal Ditawarkan Akses Kepada Empat Peranti Secara Serentak Termasuk iOS

WhatsApp Akan Memperkenalkan Ciri Gambar Dan Video Hilang Selepas Dibuka

Sumber