Platform WhatsApp telah memudahkan orang awam untuk berkomunikasi serta berkongsi pelbagai fail dalam kehidupan seharian. Dalam pada itu, sebahagian fail media yang dikongsi telah dihadkan kualiti kepada pengguna.

Menerusi laporan terbaru, WhatsApp dikhabarkan sedang membangunkan sebuah fungsi terbaru yang membolehkan pengguna menghantar saiz fail gambar yang besar. Fungsi ini masih dalam proses pembangunan buat sementara waktu ini sebelum boleh digunakan oleh pengguna.

Memetik daripada laman Wabetainfo, kemas kini WhatsApp pada versi akan datang bakal memberi pilihan kepada pengguna untuk menghantar gambar pada kualiti yang berbeza. Terdapat tiga pilihan yang akan disediakan untuk pengguna iaitu Auto, Best Quality dan Data Saver.

vocket-tech-news-whatsapp-1
Sumber Gambar: Wabetainfo

Tetapan Auto akan menentukan kualiti gambar yang dihantar mengikut kesesuaian, manakala Best Quality pula akan menghantar gambar pada kualiti yang terbaik. Data Saver lebih sesuai dikhususkan untuk penggunaan data yang sedikit.

Selain itu, fungsi ini mungkin ditarwarkan untuk penghantaran video juga. Sebelum ini juga dikhabarkan WhatsApp sedang membangunkan fungsi sokongan multi-device di mana pengguna boleh mengakses akaun whatsapp melalui empat peranti sekaligus.

Berita ini pasti ditunggu-tunggu oleh semua pengguna setelah sekian lama menghadapi masalah gambar dan video yang dihantar hanya terdapat dalam kualiti yang rendah.

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai fungsi Whatsapp yang akan ditawarkan pada pengguna pada masa akan datang. 

WhatsApp Bakal Ditawarkan Akses Kepada Empat Peranti Secara Serentak Termasuk iOS

WhatsApp Akan Memperkenalkan Ciri Gambar Dan Video Hilang Selepas Dibuka