Setelah sekian lama pengguna menghadapi kesukaran untuk membuat tugasan yang memerlukan mereka untuk membuka aplikasi WhatsApp lebih dari 1 peranti disebabkan akaun akan terkeluar jika cuba mengakses dari peranti lain. Pasti ramai menantikan fungsi di mana anda boleh mengakses WhatsApp secara serentak  lebih dari 1 peranti.

Kini anda telah menerima berita gembira selepas Mark Zuckerberg dan ketua bahagian WhatsApp telah melaporkan kepada pihak Wabetainfo mengenai pengenalan WhatsApp menyokong multi – peranti pada kemaskini yang akan datang.

Vocket-WhatsApp-Multi-Peranti-konten-2
Sumber Gambar: Granthshala

Dikhabarkan juga pengguna boleh mengakses akaun WhatsApp dengan beberapa peranti serentak tanpa sambungan aktif internet di telefon utama anda. Ciri ini membolehkan pengguna memasuki akaun WhatsApp dengan 4 peranti secara sekaligus pada satu masa yang sama memberikan lebih kebebasan untuk urusan harian.

Will Carthart berkata “Kami berminat untuk menyokong WhatsApp di iPad! Dengan kemampuan pelbagai peranti yang betul ini beri kemungkinan kita mampu membuat seperti itu. Kita mungkin akan membuka percubaan aplikasi WhatsApp beta kepada beberapa orang bagi pengguna iOS pada masa yang terdekat.”

Vocket-WhatsApp-Multi-Peranti-konten-1
Sumber Gambar: Wabetainfo

Sepertinya kenyataan ini memberi gambaran aplikasi WhatsApp iPad sudah semakin hampir untuk dilancarkan tidak lama lagi. WhatsApp dijangka akan mula membuat ujian beta bagi ciri ini dalam masa yang terdekat ini.

WhatsApp akan memperkenalkan ciri gambar dan video akan hilang setelah dibuka oleh penerima.

WhatsApp Akan Memperkenalkan Ciri Gambar Dan Video Hilang Selepas Dibuka

WhatsApp Perkenalkan Ciri Mesej Automatik Hilang Dalam Tempoh 7 Hari