Anda barangkali sudah bosan mendengar suara sama sahaja yang memberikan panduan sewaktu menggunakan Waze. Tahukah anda terdapat cara tambah suara di Waze dengan suara sendiri sebagai penunjuk jalan?

Menerusi akaun TikTok @maizuramohamadtmc, beliau telah berkongsi cara menambah suara sendiri dengan mudah menerusi menerusi aplikasi Waze. Waze sudah menyediakan ciri rakaman suara sendiri untuk menukar suara yang sedia ada supaya dapat memberikan kelainan sewaktu pemanduan nanti.

  1. Buka aplikasi Waze dan klik pada bahagian Setting.
Sumber Gambar: Aplikasi Waze

2. Tekan pada Voice & Sound lalu tekan pula Waze Voice.

Sumber Gambar: Aplikasi Waze

3. Selepas itu, klik pada Record new voice.

cara tambah suara sendiri waze
Sumber Gambar: Aplikasi Waze

4. Terdapat pelbagai senarai arahan suara yang perlu dirakam bagi setiap satu padanya sehingga lengkap. Selepas selesai rakaman untuk setiap arahan yang diberikan, tekan sahaja pada Done. Kini anda sudah mempunyai pek suara sendiri untuk menjadi penunjuk perjalanan anda selepas ini.

cara tambah suara sendiri waze
Sumber Gambar: Aplikasi Waze

Menariknya, anda juga boleh menggunakan ayat sendiri tanpa perlu mengikuti arahan yang disediakan oleh Waze. Secara tidak langsung, setiap suara rakaman yang dihasilkan bakal memberi pengalaman yang unik dan lebih ceria sewaktu pemanduan.

Menerusi kemas kini yang tersedia, anda juga boleh berkongsi pek suara tersebut bersama keluarga mahupun kenalan rapat. Pautan pek suara yang dikongsi juga boleh dibuat menerusi mesej, emel dan sebagainya dan hanya mereka yang berkaitan sahaja boleh mengaksesnya.

Dengan mengetahui cara tambah suara di Waze, pasti anda akan lebih semangat dan ceria sewaktu pemanduan dengan kehadiran suara yang dikenali menemani sepanjang perjalanan. Secara tidak langsung, anda turut boleh melepaskan rindu sekiranya sudah tidak lama berjumpa selama ini.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui cara-cara semak perbelanjaan sepanjang menggunakan Shopee dengan mudah sahaja.

Lelaki Ini Kongsi Cara-Cara Semak Jumlah Perbelanjaan Sepanjang Menggunakan Shopee

Tidak Perlu Ke Bank, Ini Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank Secara Dalam Talian

Sumber