Sudah menjadi kebiasaan buat pengguna jalan raya di luar sana menggunakan aplikasi Waze untuk menuju ke destinasi atau pun mencari jalan alternatif. Bagaimanapun, pasti ramai mencari solusi terbaik apabila mengalami masalah ketiadaan GPS secara tiba-tiba.
Ini antara masalah yang akan muncul sewaktu menggunakan aplikasi navigasi terutamanya apabila rangkaian mudah alih anda mungkin tidak kuat atau pun kawasan liputan yang terhad di sesuatu tempat. Oleh itu, mari kita pelajari solusi terbaik untuk menyelesaikan isu Waze yang bermasalah sewaktu digunakan.
Cara menetapkan semula GPS yang hilang pada Waze
1. Tekan beberapa detik pada aplikasi Waze di halaman utama dan pergi pada bahagian App Info.
2. Kemudian klik pada bahagian Permission.
3. Pilih Location pada senarai yang dipaparkan dan tekan pada Allow all the time. Dengan ini, ciri GPS akan sentiasa diaktifkan selagi mempunyai capaian rangkaian internet untuk setiap masa.
4. Selain itu, anda perlu menetapkan lagi satu bahagian iaitu Battery Usage di peranti masing-masing. Di sini kebiasaannya syarikat pengeluar akan memberikan pilihan sama ada mahu menjimatkan bateri dengan mengehadkan prestasi aplikasi atau sebaliknya.
5. Pada bahagian Battery Usage, anda perlu klik Allow background activity untuk membenarkan aplikasi beroperasi pada tahap sepenuhnya namun bakal menggunakan kuasa yang lebih banyak. Oleh itu, anda mesti berjaga-jaga dengan tahap bateri agar sentiasa berada pada tahap yang optimum.
Selain menetapkan semula GPS, anda juga boleh mematikan rangkaian mudah alih dan juga WiFi sekiranya sedang digunakan sewaktu memandu. Selepas itu, anda mengaktifkan semula mana-mana sambungan internet yang digunakan kerana kadang-kadang mungkin masalah liputan yang tidak boleh dicapai dan seumpamanya.
Tips solusi terbaik untuk Waze ini juga boleh dipraktikan oleh platform iOS dengan menetapkan beberapa ciri seperti di atas. Anda juga diminta untuk mengemas kini versi aplikasi yang terbaru kerana pihak pembangun sedia menambah baik perkhidmatan yang disediakan pada aplikasi.
Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda mendapatkan solusi bagi mengatasi masalah GPS yang hilang secara tiba-tiba sewaktu menggunakan Waze. Anda boleh kongsikan kepada kenalan rapat yang sering menggunakan aplikasi Waze di dalam seharian.
Selain itu, anda juga boleh mengeathui cara menjadualkan perjalanan ke sesuatu kawasan supaya lebih lancar dan efisien.
Mudah Dan Efisien, Ini Caranya Jadualkan Perjalanan ‘Balik Kampung’ Pada Aplikasi Waze
Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Tambah Suara Sendiri Di Waze Untuk Tampil Lebih Unik