Sudah sekian lama pengguna iOS mengalami kesukaran untuk mengalihkan data yang disimpan pada peranti mereka ke peranti Android. Hal ini membuatkan sebahagian pengguna iPhone terpaksa membeli aplikasi pihak ketiga yang berbayar semata-mata untuk berbuat sedemikian.

Pada kali ini, Google telah pun memperkenalkan sebuah aplikasi yang dinamakan ‘Switch To Android’ di App Store. Hal ini sekaligus memudahkan pengguna iPhone untuk beralih ke peranti Android dan memindahkan data dengan mudah serta pantas.

Sumber Gambar: App Store

Menerusi penerbitan aplikasi tersebut, Google mengatakan pengguna boleh memindahkan sejumlah data penting mereka dari iPhone ke Android merangkumi gambar, video, senarai kenalan dan juga kalendar. Di samping itu, aplikasi ini juga dilihat akan membantu pengguna melakukan tetapan awal ketika berpindah ke peranti Android.

Bagi anda yang merancang untuk berpindah dari iPhone ke Android, bolehlah memuat turun aplikasi ‘Switch To Android’ hari ini. Ini menjadi solusi terbaik untuk membawa data-data anda ketika beralih antara platform dengan mudah.

Ikuti juga jangkaan pihak Apple akan menawarkan sokongan satelit bagi menghantar mesej sewaktu kecemasan di jam pintar mereka.

Apple Watch Dijangka Akan Tawarkan Sokongan Satelit Bagi Menghantar Mesej Sewaktu Kecemasan

AirAsia Bakal Realisasikan Perkhidmatan ‘Teksi Terbang’ Seawal Tahun 2025