Seperti yang ramai sedia maklum, platform Facebook, Instagram dan WhatsApp dilaporkan telah mengalami gangguan untuk diakses sekitar tengah malam tadi membuatkan para pengguna terpaksa menanti selama 6 jam sementara memastikan ketiga-tiga platform ini dapat beroperasi semula.

Insiden yang berlaku nyata membuatkan Mark Zuckerberg selaku CEO Facebook merangkap pemegang saham terbesar Facebook menanggung kerugian sebanyak RM29 bilion.

Dalam pada itu, di sebalik duka yang ditanggung Mark Zuckerberg, platform Twitter antara yang ‘untung’ berikutan insiden yang berlaku. Menerusi tweet daripada @spectatorindex, platform Twitter dilaporkan telah menerima jumlah pengguna tertinggi secara serentak sepanjang sejarah.

Menariknya, platform ini turut menjadi tempat buat akaun Facebook, Instagram dan WhatsApp memaklumkan kepada orang ramai mengenai masalah gangguan yang berlaku. Malah, tweet ringkas daripada akaun Twitter turut menarik perhatian pelbagai jenama popular.

Difahamkan platform Twitter turut menjadi pilihan pengguna dalam mendapatkan informasi baharu serta mengetahui isu yang berlaku mengenai tiga platform yang mengalami masalah gangguan tersebut.

Platform ini juga turut meraih pujian daripada netizen selepas berjaya kekal untuk diakses meskipun menerima jumlah pelawat yang tinggi.

Mark Zuckerberg dilaporkan terpaksa menanggung rugi sebanyak RM29 bilion selepas ketiga-tiga platform bawah kendalian beliau gagal diakses.

https://www.thevocket.com/gagal-diakses-selama-6-jam-mark-zuckerberg-dilaporkan-rugi-rm29-bilion/

Perbandingan Platform Audio Sosial Antara Clubhouse Dan Twitter Spaces