Aplikasi TheNoor menampilkan konsep gaya hidup islamik yang merangkumi pelbagai aspek bagi kemudahan penggunaan seharian yang ditawarkan secara percuma kepada peranti Android, iOS dan Huawei. Kini ia telah dikemas kini dengan sejumlah fungsi yang menarik berbanding dari sebelumnya.

Pada kemas kini kali ini, TheNoor telah menawarkan servis kewangan di mana pengguna boleh menghantar wang ke luar negara dan tempatan dengan mudah menerusi aplikasi tersebut. Selain itu, ia turut menyediakan langganan pelan perlindungan Takaful kepada mereka yang berminat.

Sumber Gambar: Facebook TheNoor
Sumber Gambar: Facebook TheNoor

Yang menariknya, sejumlah jenama besar seperti GoPro, flipper dan lain-lain lagi juga sedia menawarkan produk kepada pengguna yang berminat untuk membelinya menerusi aplikasi ini.

Tidak hanya membawakan fungsi yang baru sahaja, malahan penampilan antara muka yang lebih interaktif serta ia boleh diubah suai mengikut keutamaan pengguna kepada fungsi yang sering dipakai bagi memudahkan akses di dalam seharian.

Kepada anda yang mahu mencuba aplikasi TheNoor atau masih belum mengemas kini versi yang terbaru, bolehlah klik pada pautan TheNoor ini. Pasti ramai yang dapat pelbagai manfaat daripada aplikasi berkenaan, malahan banyak maklum balas yang positif telah diterima daripada majoriti pengguna setakat ini.

Selain daripada aplikasi The Noor, anda juga boleh meneroka aplikasi Nurflix yang merupakan laman penstriman patuh syariah pertama di Malaysia.

Aplikasi Nurflix 2.0 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 10 Ogos Akan Datang

https://www.thevocket.com/nurflix-laman-penstriman-patuh-syariah-pertama-bakal-dilancarkan-di-malaysia/

Sumber