Platform penstriman telah menjadi sebahagian hidup pengguna di Malaysia. Pelbagai konten yang dihidangkan daripada dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan pengguna. Platform ini telah menawarkan konten yang menfokuskan kandungan yang berilmiah dan islamik untuk pengguna Malaysia sejak daripada tahun lepas lagi.
Baru-baru ini, pihak Nurflix telah mengumumkan mengenai kemas kini aplikasi yang terbaru dengan kehadiran aplikasi Nurflix terbaru yang dinamakan sebagai Nurflix Goldfish 2.0.
Aplikasi ini boleh digunakan melalui pelbagai peranti seperti iOS, Android dan SmartTV bagi menggantikan aplikasi yang sedia ada sejak pelancaran Nurflix Beta pada tahun lalu. Pihak Nurflix menyatakan bahawa aplikasi versi ini akan lebih stabil dan pantas berbanding sebelumnya.
Menariknya, platform Nurflix pada kali ini bakal hadir dengan pelbagai konten yang menarik dengan kerjasama pelbagai penerbit kandungan daripada luar negara seperti United Kingdom, Mesir, Turki, Qatar dan Indonesia.
Melalui kolaborasi ini dijangkakan lebih 1,000 konten yang akan disajikan pada platform mereka menjelang akhir tahun ini. Aplikasi Nurflix ini boleh diakses melalui laman Nurflix atau Google Play Store dan App Store.
Kehadiran platform ini dapat memudahkan pengguna untuk mengakses konten yang lebih mesra keluarga melalui pelbagai peranti apabila ia sudah dilancarkan kelak.
SKMM pada minggu ini telah melancarkan laman JENDELA dalam memudahkan pengguna menyemak kekutan liputan telekomunikasi di sesebuah kawasan.
SKMM Perkenalkan Laman JENDELA, Mudahkan Pengguna Semak Kekuatan Liputan Telekomunikasi
WhatsApp Bakal Tawarkan Fungsi Penghantaran Gambar Berkualiti Tinggi