TheNoor merupakan salah satu aplikasi gaya hidup muslim yang sedia menawarkan pelbagai ciri menarik seperti pembelian barangan secara dalam talian serta pelaburan islamik menerusinya. Dengan menjadi pilihan aplikasi Islamik bagi orang ramai, kini mereka sedia membawakan satu lagi ciri menarik yang baharu.

Terbaharu, Split iaitu sebuah syarikat penyedia tawaran buy now pay later telah berkerjasama dengan aplikasi TheNoor untuk menawarkan 2.2 juta pelanggannya akses kepada pembiayaan jualan tanpa riba serta patuh syariah untuk urus niaga e-dagang.

Sumber Gambar: Fintechnews

Kerjasama antara TheNoor dan Split akan membenarkan pengguna membeli-belah dengan fungsi perdagangan itu dan membayar secara ansuran selama tiga bulan. Perkhidmatan buy now pay later yang ditawarkan The Noor adalah sejajar dengan ledakan tabiat membeli-belah dalam talian di global terutamanya dalam pandemik COVID-19.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif TheNoor, Neelofa, beliau mengatakan kerjasama antara TheNoor dan Split memberikan fleksibiliti dan pilihan pembayaran alternatif kepada pengguna aplikasi untuk membeli pelbagai jenis barangan patuh Syariah di TheNoor. Selain itu, pengguna juga boleh mengurus belanjawan mereka dengan adanya kaedah pembayaran baharu itu.

Model Split menonjol dalam ruang buy now pay later yang berkembang pesat di mana pengguna mereka tidak menerima faedah atau sebarang bayaran lain. Dengan ciri BNPL berlandaskan syariah, pengguna Islam TheNoor pastinya akan mempunyai keyakinan mengetahui bahawa mereka menggunakan kaedah pembayaran yang mematuhi kepercayaan agama Islam.

Selain itu, anda juga boleh ikuti tutorial cara membayar zakat fitrah secara online menerusi aplikasi MAE yang mudah dan pantas.

Tidak Perlu Ke Kaunter, Ini Caranya Bayar Zakat Fitrah Secara Online Menerusi Aplikasi MAE

Mudah Dan Pantas, Ini Cara Perbaharui Lesen Secara Online Menerusi Laman MyEG