Perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL) telah mendapat banyak daya tarikan dalam industri fintech di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antaranya ialah myIOU IOU Pay yang baru sahaja dilancarkan pada Jun tahun lalu yang berjaya mempunyai lebih 61,000 pengguna serta lebih 3,000 rakan kongsi saudagar di seluruh Malaysia.

IOU Pay kini secara rasmi telah memperkenalkan wajah baharu aplikasi myIOU dikenali sebagai myIOU 2.0 yang mana lebih mesra pengguna dengan antara muka yang interaktif.

Sumber Gambar: IOU

Perubahan paling ketara adalah halaman utamanya yang kini memaparkan perkhidmatan, pedagangan dan promosi myIOU dengan lebih jelas. Aplikasi ini sedia diperkenalkan dengan rekaan minimalis untuk mempertingkatkan pengalaman pengguna dan memudahkan pengendalian menerusinya.

Malah, pelancaran ini juga dianggap sebagai permulaan bagi pihak mereka untuk mengembangkan lagi perkhidmatan ke pasaran lain di dalam Asia Tenggara. Walaupun garis masa pengembangan tidak didedahkan secara terperinci, CFO IOU, Puah Kuan telah menyenaraikan Indonesia dan Filipina sebagai pasaran berpotensi.

Bersempena dengan pelancaran myIOU App 2.0, pameran turut diadakan sehingga Ahad ini di IOI City Mall, Putrajaya bagi mempromosikan aplikasi baharu tersebut. Pameran itu membolehkan orang ramai menikmati pengalaman perkhidmatan BNPL secara langsung di gerai-gerai perniagaan dan menyertai pelbagai aktiviti menarik.

Tular juga baru-baru ini HSBC muncul sebagai penyedia perkhidmatan kewangan global pertama yang memasuki dunia The Sandbox.

HSBC Muncul Sebagai Penyedia Perkhidmatan Kewangan Global Pertama Sertai Dunia Metaverse

Sedia Ikuti Trend Semasa, McDonald’s Rancang Untuk Buka Restoran Maya Dalam Metaverse