Terma BNPL atau Buy Now Pay Later sudah semakin meluas ditawarkan kepada pengguna lebih-lebih lagi di Malaysia. Ciri ini memberikan alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan produk atau servis terlebih dahulu dan membuat pembayaran di kemudian hari.

Terbaharu, Apple turut menawarkan ciri tersebut menerusi Apple Pay Later. Dengan ciri ini, pengguna Apple Pay boleh mengubah sesuatu pembelian kepada bentuk ansuran empat bulan tanpa sebarang caj atau faedah tambahan.

Sumber Gambar: Apple

Bagaimanapun. ia hanya boleh digunakan pada kawasan atau kedai yang sedia menyokong Apple Pay sahaja. Dalama masa yang sama, pengguna juga boleh menjejak produk yang dibeli di dalam talian dengan mudah menerusi aplikasi Wallet pada masa kelak.

Ikuti berita-berita teknologi terkini yang disajikan oleh kami dengan menekan pautan di bawah.

Prototaip Robot Manusia Ciptaan Tesla Mungkin Diperlihatkan Pada 30 September Ini

‘K-KOMM Akan Beri Keutamaan Kepada Sabah Dalam Pembangunan Telekomunikasi’ – TS Annuar Musa

Sumber