Sejak populariti kriptowang meningkat dengan mendadak kebelakangan ini di kalangan orang awam, maka pihak perbankan pusat di dunia juga mulai meneliti akan potensi dan ancamannya terhadap sesebuah negara. Malah, terdapat sebahagian negara sudah menggubal undang-undang untuk memastikan wang digital ini boleh digunakan ramai.

Menerusi laporan CoinDesk, Pihak Berkuasa Kewangan Thailand sudah merancang untuk mengawal selia penggunaan aset digital sebagai cara pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan di negara tersebut.

Sumber Gambar: PYMNTS

Pengawal selia bakal mempertimbangkan untuk menggunakan autoriti mereka dalam menggehadkan penggunaan kripto untuk pembayaran dan akan mengeluarkan garis panduan baharu untuk beberapa aset digital yang menyokong sistem kewangan dan inovasi negara tanpa mencetuskan risiko ke seluruh sistem monetari.

Selain itu, mereka juga meluahkan rasa bimbang apabila kriptowang mulai berkembang daripada medium pelaburan kini menjadi alat pembayaran pula untuk penduduk di seluruh negara sekaligus boleh mengakibatkan isu kestabilan kewangan, privasi pengguna dan jenayah siber.

Sumber Gambar: Signal daily

Lanjutan daripada itu, pihak berkuasa  sedang mendapatkan ulasan mengenai kertas rundingan yang berkaitan aset digital. Kandungan kertas rundingan itu adalah tentang cadangan larangan ke atas pedagang yang mengiklankan serta menyediakan sistem penerimaan pembayaran berasaskan kriptowang termasuklah kod QR dan dompet digital.

Dalam masa yang sama, terdapat juga had untuk memindahkan aset ke akaun yang lain. Sebagai contoh, wang yang diraih daripada hasil jualan aset kripto hanya boleh dipindahkan kepada akaun penjual sahaja. Sebelum ini juga, dikhabarkan kerajaan Thailand sedia membangunkan wang digital tersendiri bagi kegunaan rakyatnya.

Di Malaysia pula, kerajaan juga mengalami kerugian sehingga RM2.4 bilion ekoran daripada kes curi elektrik untuk melombong kriptowang.

Kes Curi Elektrik Untuk Lombong Bitcoin Meningkat 400%, Akibatkan Kerugian RM2.4 Bilion

Kerajaan Tidak Mengiktiraf Kriptowang Sebagai Matawang Yang Sah Diperlakukan Di Malaysia

Sumber