Perkembangan kriptowang yang cukup positif di peringkat global telah menarik minat pelbagai negara untuk mulai menggubal undang-undang yang dilihat sebagai satu penerimaan yang baik. Akan tetapi, tidak semua berpendapat seperti sedemikian kerana terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira menerusinya.

Di Malaysia, kini Timbalan Menteri Kewangan II telah menyatakan bahawa kriptowang seperti Bitcoin dan Ethereum tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan untuk digunakan dalam urus niaga harian. Bahkan, kriptowang juga bukan instrumen pembayaran yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) buat masa ini.

Sumber Gambar: The Sun Daily

Perkara ini sudah dijangka ramai serta secara umumnya kita sedia maklum hanya mata wang ringgit adalah matawang tunggal yang sah diperlakukan di Malaysia. Beliau juga mengatakan kriptowang tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan tidak menunjukkan ciri universal wang.

Kriptowang juga dilihat bukanlah penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik disebabkan keadaannya yang terdedah kepada harga turun naik yang tidak menentu dan terdapat pendedahan kepada ancaman siber serta kekurangan daripada segi boleh skala.

Buat masa ini, kriptowang hanya dilihat sebagai aset digital di Malaysia dan mempunyai beberapa kriptowang yang disahkan untuk tujuan tersebut. Bagaimanapun, BNM akan terus menilai secara aktif potensi CDBC iaitu mata Wang Digital Bank Pusat untuk mencapai objektif dasar awam.

Tahukah anda akan Travala iaitu sebuah platform tempahan hotel yang menerima pembayaran berasaskan kriptowang termasuklah hotel tempatan?

Travala, Platform Tempahan Hotel Dengan Penerimaan Pembayaran Kriptowang

Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Melombong Bitcoin Dijalankan Dalam Mendapatkan Ganjaran

Sumber