Telegram sudah  memperkenalkan pelan Telegram Premium yang membawakan sejumlah ciri menarik pada bulan Jun 2022 lalu. Namun, cas yang dikenakan sebanyak RM22.90 sebulan masih dikira tinggi oleh para pengguna di Malaysia.

Memandangkan penawaran harga dianggap mahal, kini Telegram dilihat mengubah harga penawaran Telegram Premium untuk pasaran Malaysia. Berdasarkan semakan awal di platform Android dan iOS, harga Telegram Premium kini ditawarkan serendah RM13.90 sebulan.

Sumber Gambar: Telegram

Dengan penurunan harga baharu ini, berkemungkinan boleh menarik sejumlah pengguna baharu untuk mencuba ciri-ciri tambahan menarik seperti emoji animasi, kadar muat turun terpantas, tiada iklan dan banyak lagi.

Pada pendapat anda, harga langganan versi Premium pada kali ini yang berbaloi dapat menarik minat untuk mencubanya atau pun masih menunggu harga tawaran yang lebih rendah? Buat pengguna tegar, ini merupakan gembira kerana mereka boleh menikmati sejumlah ciri sepenuhnya dengan harga yang lebih jimat.

Sumber