Telegram pada hari ini telah melancarkan Telegram Premium atau versi berbayar secara rasmi yang mana sedia menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan menarik buat para pelanggan perkhidmatan tersebut.

Perkara yang mengejutkan adalah caj yang dikenakan untuk versi Premium kini berharga RM22.90 sebulan untuk pengguna tempatan. Harga yang ditawarkan dilihat agak mahal berbanding perkhidmatan penstriman muzik seperti Spotify atau pun video seperti iQIYI yang jauh lebih murah.

Sumber Gambar: Telegram

Bagaimanapun, untuk pengguna tegar Telegram pula boleh memanfaatkan dengan sepenuhnya ciri yang ditawarkan untuk versi berbayar ini seperti had menyertai saluran yang lebih banyak, kebolehan memuat naik fail sebesar 4GB, tiada pengiklanan, sokongan audio ke teks, kelajuan muat turun yang lebih pantas dan banyak lagi.

Bagi anda yang menggunakan Telegram pada platform iOS, kini ciri baharu ini sudah boleh diakses menerusi kemas kini terbaru. Sementara untuk Android pula dijangka bakal menyusul dalam masa terdekat ini. Adakah anda akan masih melanggan Telegram Premium dengan harga bulanan RM22.90?

Baru-baru ini juga Google Maps sedia memaparkan bayaran tol pada aplikasi Android dan iOS untuk beberapa negara terpilih.

Google Maps Sedia Paparkan Bayaran Tol Pada Aplikasi Android Dan iOS

Tawarkan Pengalaman Pembayaran Lebih Lancar, airasia Super App Lancarkan Platform E-Wallet Baharu

Sumber