Selain iPhone SE 2022 dilancarkan baru-baru ini, Apple juga sedia membuat kejutan lain dengan membawakan satu warna baru pada siri iPhone 13 untuk para peminatnya. Warna yang sangat “fresh” membuatkan ia tampak lebih menonjol dan unik apabila dilihat di dunia sebenar kelak.

Kini Apple sudah pun membuka pra-tempahan untuk iPhone 13 dan iPhone 13 Pro yang berwarna hijau buat para peminat tempatan. Setakat pengenalan model baru ini, ia hanya menawarkan perbezaan dari segi kosmetik luaran sahaja iaitu warna hijau. Sementara spesifikasi dalaman masih dikekalkan seperti sebelumnya.

Sumber Gambar: Apple

Kedua-dua model ini bakal hadir dikuasakan dengan cip Apple A15 Bionic, kamera yang dipertingkatkan, kalis habuk dan air serta sokongan rangkaian 5G. Hanya terdapat sedikit perbezaan shade warna hijau yang mana versi biasa menggunakan warna Green manakala versi Pro pula dengan warna Alpine Green.

Buat anda yang berminat dengan siri model iPhone 13 berwarna hijau, kini ia boleh dipra-tempah menerusi laman rasmi Apple Malaysia atau pun di Shopee.

Sementara itu, Apple dijangka bakal menawarkan MacBook Air 2022 dengan rekaan yang lebih menarik serta sejumlah pilihan warna yang cukup vibran.

Lebih ‘Fresh’ Dan Menarik, Apple MacBook Air 2022 Dijangka Hadir Dengan Pelbagai Pilihan Warna

Apple Dalam Perancangan Bangunkan Mac Mini Dengan Cip M2 Dan M2 Pro

Sumber