ShopeeFood sudah dijangka akan meperkenalkan servis terbarunya kepada umum bermula September ini. Pihak Shopee telah membuat pengiklanan berkaitan rakan kongsi bersama penjual atau pemilik kedai makan di bawah program ShopeeFood yang difokuskan sekitar Lembah Klang pada suatu siaran bulan Julai lepas.

Dan kini, mereka dilihat sudah menyediakan sebuah halaman khas yang membolehkan para pemilik kedai makan mendaftar terus bagi menyertai ShopeeFood Partner. Bagi anda yang berminat, boleh membuat pendaftaran menerusi laman khas tersebut. Kemudian, pihak Shopee akan memproses permohonan berkenaan dan emel keputusan kepada anda sekiranya berjaya.

Sumber Gambar: Shopee

Terdapat beberapa dokumen bisnes yang diperlukan termasuklah salinan kad pengenalan, maklumat akaun bank, gambar premis atau kedai dan menandatangani dokumen persetujuan daripada Shopee yang disediakan. Selain itu, Shopee juga mengatakan pemilik restoran, gerai, kafe ataupun food truck boleh menyertai serta menawarkan makanan melalui ShopeeFood.

Namun begitu, sepertinya pada sistem permohonan di laman tersebut tidak menyertakan sebarang informasi tambahan kepada pemohon seperti caj yang dikenakan dan sebagainya. Anda boleh melayari laman khas pendaftaran ShopeeFood Partner, dan mula mendaftar sekiranya berminat atau menghubungi pihak Shopee sendiri untuk maklumat lanjut.

Shopee sudah memberikan petanda bakal menyertai industri penghantaran makanan di Malaysia dengan pengambilan rakan kongsi penghantar makanan dan kedai. 

Shopee Bakal Tawarkan Servis Penghantaran Makanan Di Sekitar Lembah Klang Seawal September Ini

https://www.thevocket.com/foodpanda-lancar-pandamart-barangan-keperluan-dihantar-dalam-masa-20-minit/

Sumber