Shopee dilihat sudah mulai mengambil langkah dalam industri penghantaran makanan di Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas lagi. Pihak Shopee ada mengiklankan berkaitan pendaftaran rakan penghantaran dan restoran untuk ShopeeFood ini.

Sebagai permulaan, mereka ingin menfokuskan kepada kawasan Lembah Klang terlebih dahulu sebelum ia diperluaskan ke lebih banyak lokasi pada masa kelak. Pengguna boleh membuat pesanan makanan melalui aplikasi ShopeeFood dan menerima makanan di rumah.

vocket-tech-news-shopee-2
Sumber Gambar: Facebook Shopee

Berdasarkan pengiklanan yang dibuat pada laman Facebook ShopeeFood, perkhidmatan tempahan makanan ShopeeFood ini mungkin beroperasi di Lembah Klang seawal bulan September ini. Tambahan pula, kandungan bahan promosi juga mengatakan di mana pengguna bakal menikmati diskaun sehingga 50% untuk makanan yang dipesan dan penghantaran percuma.

Kebiasannya pada pengenalan suatu servis atau produk akan menawarkan diskaun yang agak tinggi dalam menarik minat pengguna baru. Kita boleh menjangkakan Shopee akan melakukan perkara yang sama pada ShopeeFood yang bakal hadir kelak. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan ShopeeFood di Lembah Klang dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Foodpanda juga ada melancarkan Pandamart bagi memudahkan pengguna mendapat barangan keperluan dalam masa 20 minit sahaja.

https://www.thevocket.com/foodpanda-lancar-pandamart-barangan-keperluan-dihantar-dalam-masa-20-minit/

https://www.thevocket.com/anda-sudah-boleh-menempah-barangan-runcit-melalui-servis-daripada-foodpanda/

Sumber