Apple dijangka bakal memperkenalkan beberapa produk terbaharu pada tahun ini dan salah satu daripadanya adalah produk realiti maya iaitu sebuat set kepala AR. Ramai pengguna Apple juga menantikan produk ini memandangkan ia bakal melengkapi ekosistem produknya dan sertai dunia realiti maya seperti penawaran syarikat lain.
Terbaharu, Mark Gurman selaku journalis Bloomberg telah berkongsi mengenai set kepala AR Apple tersebut bakal ditawarkan pada harga jualan melebihi $2,000 (~RM8,373) dan dilihat lebih rendah daripada jangkaan sebelumnya iaitu mencecah $3,000 (~RM12,559.50) mengikut kadar pertukaran hari ini.
Set kepala ini dijangka akan menfokuskan kepada arena permainan, komunikasi bersama pengguna lain seperti FaceTime dan juga mengakses sejumlah media menerusinya. Perkara ini semua boleh dijayakan dengan adanya dua cip M1 Pro yang disertakan sekali pada set kepala Apple. Cip yang digunakan ini sudah terbukti boleh menjalankan pelbagai tugasan berat pada MacBook Pro terbaharu.
Harga jangkaan yang sudah melangkaui harga MacBook ini pasti menjadi satu cabaran buat Apple untuk pasarkan produk ini dengan adanya pesaing lain yang menawarkan pada harga lebih rendah di pasaran. Bagaimanapun, kita sedia maklum produk keluaran Apple sudah pastinya menjadi rebutan apabila dilancarkan kelak.
Selain set kepala AR, difahamkan Apple juga mungkin menawarkan kaca mata pintar pada masa kelak oleh kerana fokus akan tertumpu lebih kepada produk realiti maya selepas ini.
Tim Cook Dijangka Letak Jawatan Menjelang 2025 Selepas Pelancaran Sebuah Produk Kategori Baru
Sarung Tangan Haptik Ciptaan Meta Bolehkan Anda Merasai Objek Maya Seperti Di Dunia Sebenar